DAP Jadi Mangsa Mahathir Untuk Alih Isu BR1M & Forest City?

Share

SATU perkara tentang Mahathir yang orang perlu berhati-hati, bila dia lempar sesuatu dengan tangan kanan, kena tengok apa yang tangan kiri sedang buat atau sudah buat.  Ini perumpamannyalah, bukan Mahathir tu terdaya nak melempar apa pun dah sekarang ni – melainkan fitnah.  Itupun pasal tak berapa nak guna tenaga, air liur saja.

Justeru, dalam hal “sengaja” mendedahkan pakatan sulit mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri KALAU Pakatan ini menang, ramai orang yang faham politik ni percaya, Mahathir sengaja berbuat begitu untuk mengalih perhatian rakyat dari U-Turn mengenai BR1M dan segala penipuan mengenai Forest City yang terang-terang menghantuinya.

Dua isu tu, U-Turn mengenai BR1M dan Forest City, benar-benar menyusahkan hidup penyokong Mahathir dan dia sudah tentu sedar mengenainya.  Bahas saja 2 perkara ni dalam media sosial, semua penyokong Mahathir kalah, sehingga terpaksa guna alasan bodoh untuk backup kerosakan yang dilakukannya.  Apa pun tak boleh nak dibuat lagi.


Terpaksa Mahathir ‘memangsakan’ DAP dalam usahanya untuk tutup isu itu dengan membawa dakwaan DAP meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dipercayai agar anaknya sendiri dapat jadi Perdana Menteri. Disini yang menariknya, sebab Mahathir nak lepas diri, DAP yang jadi mangsanya.

Kesan terhadap DAP begitu serius sekali sehingga Kit Siang dengan segera menemui Mahathir untuk dapat penjelasan mengenai perkara itu.  Seolah telefon, whatsapp dan segala bentuk komunikasi canggih zaman ini, dah tak terpakai dek dua orang politik purba ini, nak kena guna cara lama juga – berjumpa.

Seriuslah tu.  Betul tak betul bukan kira, ini zaman persepsi, fakta boleh tolak tepi.  Kalau nak bahas fakta, Najib adalah manusia paling baik dalam Malaysia sekarang ni melihatkan begitu banyak kebaikan dilakukannya sehingga terpaksa ditiru pembangkang. BR1M hanya satu contoh.


Moralnya sekarang, inilah Mahathir.  Dia nak lepas diri, dia tak kira siapa atau apa dah.  Perkara ini bukan baru, malah dah lama.  Semua masih ingat, demi nak mengelak pemilihan semula UMNO 1987 dari diadakan semula (atau Mahathir akan kalah), Mahathir sanggup lihat UMNO yang ditubuh ditangga istana tahun 1946 dulu, diharamkan.

Ini peringatan kepada semua yang suka sangat nak rapat dengan Mahathir ni, PAN, PKR termasuk.  Orang tua tu bukan kira apa, asal lepas tengkuk dia, langit saja sempadan apa yang sanggup dia buat.  PAS (dan dikatakan majoriti penyokong kaum India dalam Pakatan) sedar tentang bahaya Mahathir ni dan ambil keputusan untuk menolak kerjasama dengannya.

Leave a Reply