Ekstremis agama musuh perpaduan negara – PM

Share

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kepelbagaian agama dalam sesebuah negara tidak menimbulkan sebarang masalah, sebaliknya menyifatkan golongan ekstremis agama sebagai musuh kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, perpaduan negara boleh dicapai secara menyeluruh apabila semua individu mempunyai sikap saling hormat-menghormati dan empati tanpa melihat kepada perbezaan agama, kaum serta warna kulit.

Katanya, sekiranya semua pihak dapat memisahkan tembok perbezaan satu samal lain, beliau yakin keserasian dapat pupuk sekali gus perpaduan nasional dan nilai integrasi boleh dibudayakan tanpa rasa kekok.


“Kalau kita semua menolak amalan extremismen kerana masalah bukan berpunca daripada agama, tetapi ekstremisme. Kita ada ekstremisme Islam seperti kumpulan militan IS dan Daesh, ekstremisme Buddha seperti di wilayah Rakhine, Myanmar begitu juga ekstremisme Kristian serta Yahudi. Golongan inilah yang menjadi musuh kepada perpaduan.

“Kalau kita mempunyai sikap untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai perasaan empati dengan melihat seorang itu bukannya kerana agama, warna kulit, budaya tetapi perwatakan individu itu sendiri,” katanya

Beliau berucap demikian ketika melancarkan Program Detik-detik Perpaduan anjuran bersama NCCIM, ACCIM dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.


Sementara itu, Datuk Lee Chong Wei yang diumumkan sebagai Ikon Perpaduan memberitahu, agenda perpaduan perlu disokong di negara ini tanpa mengira perbezaan latar belakang bagi meneruskan keamanan dan keharmonian negara ini terus dikecapi pada masa hadapan. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Leave a Reply