Isu Felda: Pembangkang Hilang Arah Berhadapan Shahrir Samad

Share

Oleh Nor Azlina Shaari

Sejak diumumkan pertukaran Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru iaitu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ramai pihak terutamanya pembangkang terus ‘gelabah’ dan tuduhan utama yang disuarakan ialah FELDA memang sudah nazak, juga mengalami masalah kewangan.

Yang sebenarnya mereka sudah panas punggung apabila Pengerusi FELDA yang baru ini telah bertindak agresif untuk terus memperkukuhkan kedudukan dan nama FELDA seperti mana kenyataan Shahrir akan melakukan perubahan dalam FELDA demi kelangsungan syarikat gergasi ini.


Jadi, apabila langkah untuk menjual banyak aset FELDA di luar negara diambil, pembangkang mengambil inisiatif menyebarkan dakwaan sememangnya FELDA sudah rugi teruk. Walhal langkah penjualan aset-aset ini adalah mengimbangi aliran kewangan FELDA dan beberapa anak syarikat FELDA.

Seterusnya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan kepada bekas pemimpin dah ahli lembaga FELDA yang terdahulu kononnya berlaku ketirisan dalam menjaga FELDA adalah cara untuk membenarkan kata bohong mereka yang FELDA selama ini sudah rugi dibawah jagaan pemimpin-pemimpin FELDA yang dulu.

Kebenarannya pembangkang terutamanya PAS yang sudah termakan kata-kata penentang nombor satu FELDA, Mazlan Aliman di mana membeli aset-aset di luar negara hanya merosakkan FELDA perlu memahami konsep bisnes terlebih dahulu.


Adalah benar di awal waktu dahulu FELDA membeli aset-aset di luar negara termasuk di London dilihat mampu memperkembangkan empayar perniagaan FELDA yang juga mampu memberikan kelebihan kepada para peneroka. Namun, dalam berbisnes pastinya ada pasang dan surutnya.

Sekarang ini, ekonomi dan pasaran dunia sudah tidak menentu. Jadi mengambil langkah menjual semula aset-aset milikan FELDA wajar dilihat jalan terbaik untuk tidak meletakkan FELDA di tempat yang mengalami kerugian seperti yang didakwa pembangkang. Perkara inilah yang tidak dilihat dengan teliti oleh pembangkang.

Sudah tentu, penjualan aset-aset adalah juga cara untuk menjaga kebajikan peneroka-peneroka FELDA dan generasinya. Bukan cakap bohong yang dikemukakan oleh Shahrir memandangkan beliau sendiri mahu meneruskan menjaga kebajikan warga FELDA yang telah dibuat oleh pemimpin FELDA terdahulu.


Malah, penjualan aset di London akan digunakan membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan FELDA dan anak syarikat.

Kebenaran ini yang tidak mahu diterima pembangkang apabila satu-persatu langkah untuk menjayakan FELDA diambil.

Lalu, kata-kata bohong dan hasutan dibuat untuk terus meletakkan FELDA sebagai sebuah lembaga gergasi yang teruk walhal sejak dahulu lagi, sudah banyak kebajikan peneroka-peneroka dan keuntungan sudah diberikan kepada mereka.

Namun, pembangkang terus membutakan mata mereka dan meneruskan pembohongan yang tidak masuk akal.

Leave a Reply