Dialog #TN50: Susun Atur Pentas Yang Menarik

Share

Dialog Perdana TN50 yang berlangsung malam tadi sesungguhnya memberi dimensi yang berbeza, berbanding program-program yang melibatkan pimpinan utama negara. Antara ciri-ciri yang ada ada majlis tersebut ialah meletakkan sasaran di tempat yang betul, dan memberi ruang serta peluang kepada semua hadirin untuk merasai rasa kebersamaan dan rasa dialu-alukan.

Apa tidaknya, dari barisan tempat duduk paling hadapan, kedua dan ketiga, kita dapat melihat ia dipenuhi oleh anak-anak muda, yang dibahu mereka turut dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda TN50. Paling menarik, tidak ada istilah tempat duduk VVIP, di mana selalunya mereka akan di barisan hadapan. Malam tadi, kita dapat melihat para menteri waima timbalan perdana menteri duduk di barisan terbelakang, dan bersama anak-anak muda secara bersebelahan.

Itu maksud penulis, tatkala mengatakan meletakkan sasaran di tempat yang betul.


Bermula dari susun atur tempat duduk, serta pentas utama yang berbentuk bulat, ia memberi keutamaan kepada semua hadirin.  Lihat sahaja bagaimana Perdana Menteri Najib Razak bebas berjalan ke setiap penjuru untuk berkomunikasi dengan khalayak. Siapa yang tidak tersentuh bila perdana menteri berdiri, dan berjalan ke arah mereka untuk berdialog bersama?

Cara Perdana Menteri untuk berdialog ini merupakan satu lagi langkah proaktif, setelah sebelum ini rakyat dipelawa untuk melontarkan pendapat dan cadangan dalam satu-satu perkara seperti Bajet, dan tidak ketinggalan untuk cita-cita TN50 ini.

Inilah maksud transformasi, yang sedikit sebanyak menjadikan era “government knows all” semakin lapuk. Kalau dahulu, semuanya telah diputuskan dan rakyat hanya menurut. Mungkin juga pada waktu dahulu, ramai pelajar yang tidak cemerlang bak kata Dr. Mahathir, maka orang muda hanya perlu angguk sahaja dan tidak layak memberi buah fikiran.


Hari ini, hasrat orang muda untuk didengari dan berpartisipasi di dalam memberi cadangan berkenaan polisi negara telah mendapat tempat yang eksklusif di hati perdana menteri, apabila berjiwa besar untuk berhadapan dengan mereka, seperti mana yang berlaku malam tadi.

TN50, melakar harapan anak muda Malaysia di tahun 2050!

2 thoughts on “Dialog #TN50: Susun Atur Pentas Yang Menarik

  • January 21, 2017 at 07:24
    Permalink

    program dialog perdana TN50 wajar dikembang ke negeri2 seluruh malaysia . Biarkan seluruh anak muda di serata negara dari perlis hingga sabah menyatakan buah fikiran mereka . Mereka2 yg selama ini cuma berani di dalam facebook , wajar dijemput hadir . biarkan mereka berdepan sendiri dengan barisan menteri kabinet & perdana menteri . Itulah harapan saya .

    Reply

Leave a Reply