PKR Pun Anwar Tak Bagi Orang Lain Melainkan Bininya, PM Sementara Pulak Nak Bagi Muhyiddin?

Share

DIPERHATIKAN, ramai orang pembangkang berminat untuk bercakap tentang siapa paling layak menjadi Perdana Menteri sementara, menantikan Anwar keluar dari penjara KALAU pembangkang ini menang dalam PRU14 yang akan datang.   Nama Muhyiddin paling kerap disebutlah walaupun Kit Siang menamakan bini Anwar.  Ada logik jugaklah nama Muhyiddin tu pasal dia bekas Timbalan Perdana Menteri.

Takkan dah kena pecat dari kabinet, dibuang dari UMNO, tubuh parti baru serta lantik diri sendiri sebagai Presiden pun masih kejar jawatan yang sama (Timbalan Perdana Menteri) jugak?  Mestilah nak kejar yang lebih tinggi kan, banyak dah dikorbankan ni.

Persoalannya sekarang, nak ke Anwar tu bagi Muhyiddin pegang jawatan Perdana Menteri sementara?


Jangan kata Perdana Menterilah, parti PKR itupun tak pernah Anwar nak bagi orang lain jadi Presiden, melainkan bininya.  Sudahnya PKR adalah satu-satunya parti dalam dunia yang dari mula tubuh sampai sekarang, masih tidak berketuakan orang lain, melainkan bininya Anwar.  Timbalan Presiden ramailah tapi dari mula tubuh sampai sekarang, bini Anwar itu jugaklah balik-balik..

Pernah Azmin cuba cabar tahun 2014 dulu, tapi masa itu jugaklah Anwar calonkan dirinya sendiri, berdua dengan bininya untuk jawatan Presiden PKR.  Confirm saja Azmin batal hasrat itu  setelah pencalonan ditutup, baru Anwar berundur sebab konon ada kes Mahkamah – seolahnya masa itu (setelah pencalonan ditutup) baru Anwar sedar dia ada kes Mahkamah.   Macam ini yang kata percaya orang lain untuk jadi Perdana Menteri sementara ni?

Justeru bila Kit Siang bercakap bahawa bini Anwar akan jadi Perdana Menteri sementara dengan Muhyiddin sebagai Timbalannya (sementara jugaklah), maka cakap itu bukan kosong, bukan saja-saja tapi berdasarkan realiti.  Ada logik disebaliknya tu, bukan dia main sebut saja. Kit Siang tahu Anwar tak akan benar orang lain jadi PM sementara melainkan bininya.  Tak sebut lagi yang Muhyiddin ni hanya puppet Mahathir saja, yang nak ditolak ke atas ni anaknya.


Anwar takde pun dalam agenda Mahathir.  Itu yang 2 jam berucap Sabtu lepas, sekali pun tak sebut nama Anwar.

Itu (lantik bini Anwar jadi Perdana Menteri sementara) dibuat atau siapa pun tak boleh jadi Perdana Menteri sebab jelas dan semua orang dalam pembangkang pun tahu bahawa Anwar tidak akan biar sesiapa jadi Perdana Menteri sementara melainkan bininya atau kalau diterusakan juga maka sabotaj mensabotaj ini akan berlaku. Sabotaj dalam pilihanraya boleh macam-macam, paling tidak Anwar letak calon di kawasan sama DAP, PAN atau Pribumi letak calon, apa susah?

Senang cakaplah kan, gebang, sesiapa pun boleh gebang, tapi realiti politik kat Malaysia ni nak kena hadam betul-betul.  Tinggi mana pun ‘likes’ dekat Facebook atau ramai manapun datang menyokong, tapi kalau diakhirnya pemimpin berbalah, parti berebut orang siapa nak jadi apa – seperti yang sedang berlaku dalam Pakatan sekarang, tak jadi apa jugaklah.


Itu realiti politik, belum realiti pengundi lagi.  Bab realiti pengundi ni, cerita masa lainlah.

One thought on “PKR Pun Anwar Tak Bagi Orang Lain Melainkan Bininya, PM Sementara Pulak Nak Bagi Muhyiddin?

  • January 19, 2017 at 22:54
    Permalink

    Mahathir buat undang2 melalut seperti di Sabah Dulu kuasa PM hanya 2tahun, siapa nak jadi ketua menteri sabah dulu 2tahun bergilir2 Bagi pada parti murtad dan pedatang .

    mungkin mahathir ikut cadang lama dia sabah kot ,untuk anwar Dan keluarga dua tahun untuk, dap Dan puak murtad 2tahun Dan cap bunga dua tahun, habis lah orang melayu islam di murtadkan puak murtad dap ini 2tahun dalam pemerintahan dap jadi PM itu

    ,seperti kes Sabah dulu ,nasib baik Pak lah hapuskan kuasa 2tahun jadi menteri besar secara begilir2′ tak berani puak murtad untuk mermutad kan orang sabah, nasib baik orang melayu Islam pegang kuasa balik di sabah, kalau tak tahu APA belaku di sabah itu

    Ini kes benar berlaku disabah dulu

    Reply

Leave a Reply