Tiba-Tiba BN Yang Menjadi Mangsa…

Share

Berlalu sudah majlis pelancaran Parti Pribumi yang diadakan gilang-gemilang, penuh dengan “special effect” kemerah-merahan, yang membawa semangat dan perjuangan UMNO, tetapi dipakej semula sebagai Parti Pribumi.

Sungguh tidak mampu mencipta identiti sendiri, parti itu sehabis mungkin meniru, serta mencuri aura yang selama ini milik UMNO. Cuma, UMNO pastinya bersyukur kerana ciri-ciri identik itu membuktikan UMNO tetap tulen, apatah lagi dengan segala sifat-sifat negatif yang dahulunya didakwa wujud di dalam UMNO, kini diserap dan diasimilasikan dengan jayanya di dalam Parti Pribumi. Untungnya UMNO, sel-sel barah dan busuk telah bercantum dan membina induknya sendiri.

Pelancaran gilang-gemilang tersebut, entah bagaimana telah menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional dipersalahkan gara-gara ketidakhadiran PAS ketika majlis tersebut. Sebelum ini, PAS dikritik oleh sekutu Pakatan Harapan berikutan keengganan parti itu untuk turut serta. Terdesaknya mereka, sehingga PAS terpaksa menafikan kehadiran Pesuruhjaya Selangor ke majlis berkenaan berikutan dakwaan kononnya wakil PAS itu hadir.


Sedang Pakatan sibuk menghentam PAS, tiba-tiba sahaja nama UMNO dan Barisan Nasional dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Apa salah UMNO dan Barisan Nasional sedangkan yang membuat keputusan itu adalah PAS sendiri? Nampaknya, modus operandi Pakatan tidak pernah berubah dari dahulu, iaitu meletakkan segala kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

PAS telah nyatakan pendirian mereka dengan jelas, iaitu tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang tidak menguntungkan Islam. DAP dan Amanah, masing-masing bagai isi dengan kuku. Itu punca mengapa PAS memilih untuk bermufarakah, dan tidak menyertai majlis parti Mahathir.

PAS dengan tegas berkata akan tetap bertanding menentang UMNO, dan UMNO sedar PAS akan memberi tentangan pada PRU14 nanti. Di kala pendirian politik yang jelas oleh kedua-dua pihak, tiba-tiba muncul pihak-pihak yang entahkan meroyan, entahkan gila talak menyerang kedua-dua pihak.


Parti Pribumi serpihan UMNO, dan PAN serpihan PAS. Tidak hairanlah jika keduanya sangat terarah serangan mereka. Semalam, modus operandi serangan yang sama digunapakai oleh DAP dengan mengaitkan PAS dengan Barisan Nasional.

Pandai Lim Kit Siang memimpin orkestra.

Leave a Reply