Kasihan Dia Keseorangan, Pentaksub Semua Jadi Tikus

Share

PENULIS minta maaf kepada pentaksub Mahathir kerana selama ini menganggap mereka jenis sokong membuta tuli yang sanggup melakukan apa saja dalam dunia ini untuk mempertahankan tua kutuk itu dalam berhadapan dengan apa juga cabaran.

Selalu penulis  katakan, pentaksub Mahathir akan menyokong dan mempersetujui apa saja yang dilakukannya termasuk jika Mahathir berlari bogel sekitar rumahnya di Seri Kembangan – perumpamaanlah tu, bukan Mahathir benar-benar lari bogel pun, tapi tak tahulah kan.  Umur dan kepala yang macam itu, apa-apa saja boleh berlaku.

Rupanya dalam bab-bab tertentu saja, bila kena bab seperti pertelingkahan Mahathir dengan pihak Istana sekarang ini, masing-masing seperti tikus.  Tinggal orang tua itu bersendirian berhadapan dengan masalah yang ditimbulkannya sendiri.  Jangan kata penyokong, anak dia sendiri pun tak tampil mempertahankan.

Muhyiddin jangan cakaplah.  Usah lagi mempertahankan Mahathir, dicabar Aziz Kaprawi semalam pun, Muhyiddin tak berani nak membalas.

Seolah-olah Mahathir sudah duduk dalam kubur, bersendirian ditinggalkan semua orang, padahalnya masih hidup.

Dulu bolehlah Mahathir tunjuk berani dengan Insitusi Raja ni sebab ada jentera kerajaan dan parti dipaksa menjadi penyokong dibelakangnya.  Hari ini tanpa jentera kerajaan dan parti yang kuat, nak harap jentera parti cap bunga raya yang nak mengumpul orang penuh Stadium Malawati pun terkial-kial, jadi macam sekaranglah.

Sekutu baru Mahathir, Pakatan Harapan jangan cakaplah.  Seorang pun tak berani mempertahankannya dalam isu ini sebab jelas Mahathir sengaja cari pasal, bukan apa yang dibangkitkannya itu membawa sebarang merit kepada kepentingan politik mereka di peringkat nasional amnya dan diperingkat negeri yang berkenaan khasnya.

Dikutuknya Mahathir sebab membangkitkan perkara itu lagi ada, merujuk kepada tulisan seorang penganalisa ekonomi pro pembangkang di sebuah portal berita Internet hari ini.  Jenis bodoh manusia macam mana buat kenyataan berdasarkan majalah luar negara semata-mata.  Bila kita guna dakwaan Barry Wain untuk kata dia lesap RM 100 billion duit rakyat, pandai pulak pertikaikan.

Jangan nanti dek sebab mulut Mahathir, dengan Pakatan sekali terpalit tahinya.  Jika itu berlaku, harapan nak tengok pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam PRU14 tahun depan, boleh tinggal harapan sajalah.

One thought on “Kasihan Dia Keseorangan, Pentaksub Semua Jadi Tikus

  • January 18, 2017 at 23:08
    Permalink

    Forest City akan jadi gilang gemilang, Langkawi jauh ketinggalan, tu yg Mahathir cemburu..pulau buatan manusia serba canggih..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!