U-Turn: Bukti Mahathir Boleh Ubah Pendirian Macam Tukar Seluar Dalam

Share

PENULIS masih ingat, ketika dihasut Mahathir untuk membenci Paklah pada sekitar 2005 hingga 2009, ungkapan yang sering digambarkan mengenai Paklah ini ialah beliau seorang yang flip flop, half past six dan sebagainya.  Dua-dua itu membawa maksud pendirian tidak konsisten.000

Hari ini, Paklah boleh tersenyum lebar semula kerana ternyata yang 2 kali ganda lebih teruk tidak konsisten dari beliau ialah Mahathir sendiri sehingga mendapat gelaran sebagai jaguh U-turn dari Perdana Menteri.  Ingat senang-senang ke nak dapat gelaran dari Perdana Menteri?

Menariknya, yang buktikan tu bukan orang lain, sebaliknya Mahathir juga. Rasuah tak rasuah BR1M tu sajalah tengok.  Mengenai GST, ia akan ditukar kepada nama lain – cukai jualan.  Bayar cukai, tetap kena bayar cukai.  Apa bezanya pun entah.  Kurang-kurang GST ini menggantikan SST, dari 10% kepada 6% dan semua orang tahu cukai itu dapat terus kepada kerajaan, bukan hilang di tangan peniaga ketika SST dilaksanakan.


Adakah ini bentuk kerajaan yang boleh diharap rakyat untuk menerajui negara ini selepas PRU14?  Sekejap cakap macam ini, sekejap cakap macam itu, jenayah tak jenayah bukan ikut buku sebaliknya ikut air liur dia saja.

Kalau selepas ini tiba-tiba Mahathir tukar pendirian pasal Datuk Seri Najib Tun Razak pulak macam mana?  Jangan kata mustahil sebab George Soros yang dulu dianggap musuh nombor satu Malaysia, penyangak matawang dan sebagainya, pun Mahathir boleh maaf begitu saja.

Dari penyangak, dah sekarang menjadi kawan baik pulak.  Mungkin sebab sama-sama penyangak, itu yang mudah berkawan tu.


Padahal ketika krisis ekonomi 1997 dimana Mahathir dakwa Soros sebagai puncanya, negara ini hampir bankrap, pengangguran meningkat, kualiti hidup menurun dengan teruk, ramai hilang rumah, hilang kereta kerana krisis itu, pun Mahathir boleh maafkan begitu saja.

Apalah sangat Najib ni? Disebalik macam-macam dakwaan dibuat Mahathir ke atas Najib, tidak ada rakyat yang hilang kerja, rumah mahupun kereta kerana 1MDB atau GST.  Jatuh miskin pun tidak.  Belum lagi ada sesiapa yang dipotong gajinya untuk membayar hutang negara.  Hutang, kalau ada pun, hanyalah hutang sendiri bukan hutang negara.

Yang penting, Mahathir ternyata individu yang tidak boleh dipercaya, tidak hairan kenapa dia memerlukan 22 tahun untuk mengubah negara ini menjadi sesuatu yang lain – pencapaian yang di atasi Najib dalam tempoh 3 kali ganda kurang daripada itu.


Susah rakyat nanti jadinya.  100 kali baik Najib lagi, apa yang dijanji, semuanya jalan.

Leave a Reply