Mahathir Angkuh, Tidak Kisah Dianggap Penderhaka

Share


SIAPA tidak kenal dengan keangkuhan dan “besar kepala” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad? Rakyat Malaysia amat maklum bahawa beliau beraja di mata bersultan dihati. Masihkah anda ingat bagaimana Mahathir berusaha mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Oleh itu, sememangnya dijangka beliau akan memberi jawapan yang seolah-olah mengambarkan beliau langsung tidak melakukan sebarang kesalahan  dan beliau juga tidak peduli sekiranya dituduh sebagai penderhaka.

“Jika saya dituduh menderhaka atas apa yang saya katakan, biarlah”, kata Mahathir

Sultan Johor telah menegur tindakan Mahathir sebagai melampaui batas. Beliau menjawab teguran tersebut melalui surat yang disiarkan hari ini. Mahathir tetap mengunakan pendekatan yang sama apabila beliau berada dalam keadaan bersalah.

Mahathir dilihat cuba menyembunyikan kebenaran dengan menimbulkan kekeliruan. Selama ini pendekatan tersebut telah berjaya menyelamatkan beliau setiap kali berada dalam keadaan tersepit. Persoalannya, adakah beliau akan berjaya menyelamatkan diri sekali lagi dengan menanamkan benih-benih keraguan dikalangan rakyat Malaysia?

Mula-mula beliau berkata yang beliau tidak pasti sama ada kenyataan dibuat Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam benar-benar mencabarnya atau ia sekadar tafsiran akhbar. Kesangsian pertama yang Mahathir cuba timbulkan.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim dikatakan mencabar pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menunjukkan kepada Johor pelabur dari Arab, Australia atau AS “daripada mengecam China”. Baginda juga bertitah “amat tersinggung dan disakiti” oleh beberapa ulasan dibuat Dr Mahathir sejak beberapa minggu lalu.

“Namun, kecuali DYMM menafikan baginda mencabar saya, saya menganggap laporan The Star itu adalah benar,” katanya sambil mengingatkan keadaan tidak berpihak kepadanya.

“Ketika orang lain boleh bercakap apa yang mereka mahu mengenai saya, dan saya mengalu-alukan kebebasan mereka bercakap begitu, saya berharap dalam maklum balas kepada cabaran DYMM, saya tidak ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara.

“Jika ia dibuat dengan perbicaraan, saya mengalu-alukan penahanan tangkapan,” katanya.

Sebenarnya rakyat Malaysia telah tahu modus operandi Mahathir. Beliau dilihat akan membuat “bising” apabila sesuatu projek tersebut gagal memberikan manfaat kepada kroni-kroni beliau. Sekiranya beliau mempunyai sebarang kepentingan yang perlu dijaga dalam sesuatu projek maka beliau akan memberikan seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakan tersebut.

Hujah Mahathir bahawa walaupun kawasan petempatan baru itu tidak akan menjadi negara asing, beliau mengingatkan, akan wujud peratusan rakyat luar yang tidak seimbang nanti dilihat terlalu lemah untuk mempertahankan dakwaan beliau.

Nampaknya Mahathir ini tetap mahu cari “pasal” walaupun sudah berada di penghujung usia. Beliau sebenarnya gagal meletakan prioriti di tempat yang sepatutnya. Lihat sahaja bagaimana beliau mendidik isteri dan anak cucu beliau. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa beliau mengemudi sebuah keluarga yang tunggang langgang. Arah itu yang cuba Mahathir bawa para pengikut beliau.



4 thoughts on “Mahathir Angkuh, Tidak Kisah Dianggap Penderhaka

  • January 17, 2017 at 6:33 pm
    Permalink

    senyap pulak midin & syed saddiq buat tak reti nak pertahankan Tuanku tentang tuduhan 700k warga cina diberi kerakyatan itu yang jelas satu pembohongan & tak masuk akal untuk dipercayai tapi terus dipertahankan oleh mahathir sebagai sesuatu yang benar kerana tiada satu pun permohonan maaf dibuat oleh mahathir dalam jawapan balasnya kepada Tuanku

    Reply
  • January 17, 2017 at 7:02 pm
    Permalink

    Yang selalu disebut ‘ Apa yang Baik datang Dari Allah, semua yang buruk Dan kurang adalah kerana kelemahan saya sendiri ‘ . Itu Kalimah yang diucap Di akhir Tiap majlis ilmu.

    Kalima M ‘ segala yang Baik adalah Dari saya, yang buruk adalah tindakan orang lain ‘

    Reply
  • January 18, 2017 at 6:46 am
    Permalink

    Apa yang Tun cakap tu memang betul. Kalaulah tidak ada Lim Dap dalam pakatan Tun, sudah tentu saya undi parti Tun. Bila ramai Cina dapat kewarganegaraan, secara automatik Najib akan ditendang oleh mereka suatu hari nanti. Orang Cina memang despise Najib. Tun, jangan geng dengan Dap bolehtak?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *