Sultan Johor Murka Mahathir Tuduh Tanah Tergadai Kepada China

Share

Sultan Johor murka dengan putar belit Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan kerajaan negeri itu menyerahkan tanah kepada orang China.

“Sudah, sudahlah. Saya selama ini mengelak daripada mengulas kontroversi mengenai Forest City yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir dan penyokongnya.

“Tetapi Dr Mahathir berlebihan memutar belit isu ini,” kata Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada The Star dalam wawancara eksklusif.


“Beliau membuat dakwaan bahawa 700,000 rakyat tanah besar China akan tinggal di JB, dan kewarganegaraan [Malaysia] akan diberi kepada mereka, dan sebahagian besar tanah dijual kepada China.”

Sultan Johor menegaskan baginda enggan mencampuri hal politik namun ingin menjelaskan isu sebenar kerana “kenyataan sebenar telah dipusing oleh orang mempunyai niat dan minda putar belit.”

Mengulas kenyataan mantan perdana menteri pada hujung November lalu, baginda berkata warga Singapura yang berada di negara lebih kecil tidak pula bimbang kedatangan warga asing.


“Cuba lihat jumlah warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura yang berada dalam republik pulau kecil kecil itu risau?

“Tidak, mereka tidak dan mereka malah menyambut golongan ekspatriat yang kaya-raya ke sana,” kata baginda lagi.

“Di sini kita ada Dr Mahathir yang cuba menakut-nakutkan, menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politik. Beliau tidak bodoh, beliau cuma pentingkan diri sendiri dan oportunis,” kata baginda. – (TheMalayMail)


4 thoughts on “Sultan Johor Murka Mahathir Tuduh Tanah Tergadai Kepada China

  • January 16, 2017 at 16:06
    Permalink

    Dia marah, Langkawi dah tk dapat perhatian Datuk Najib, asik2 nk minta Najib bagi duit tuk maintain Langkawi, mana boleh, banyak benda lain Datuk Najib nk uruskan..

    Reply
  • January 16, 2017 at 18:03
    Permalink

    dah tak ada sokongan tapi berlagak sombong..parti baru tubuh dah nak pijak parti2 yg dah lama ujud..kalau dah kuat mengapa minta perlu sedekah kt PAS bagi kerusi untuk bertanding..berdirilah atas kaki sendiri…selamat TERLINGKUP..

    Reply
  • January 16, 2017 at 22:02
    Permalink

    SElepas M umumkan BRIM akan bertukar jadi halal selepas di fatwa oleh nya sebagai haram, sekutu dia Azman Ali terus umumkan bahwa BRIM tetap salah dan haram dimata pakatan. Bermulalah satu perbalahan lembut antara mereka. Percayalah mereka akan terus berbalah, lepas satu, satu, kerana gunung yang mereka taklok didiami lebih dari seekor singa. Lembut atau kasar berbalah tetap berbalah.

    Bidalan cina mengatakan bahawa satu gunung boleh ada seekor singa saja. Singa diandai raja atau ketua digunung mengikut bidalan cina. Mengikut pengertian ini, gunung tak boleh ada lebih dari satu raja. Pastinya mereka akan berbalah kerana mereka punyai bukan setakat 2 raja malah lebih dari 2.

    Demikian lah betapa hancai bocai nya. puak2 ini yang saiz kaki mereka lebih besar dari kasut yang mereka ada. Mereka baru berbincang tentang angan2 mereka dan dalam memperkatakan angan2 pun mereka sudah berbalah. Kalau angan2 sudah jadi realiti merteka akan tukarkan berbalah ke bom mengebom.

    Baginda Sultan Johor baru suarakan betapa dukacitanya baginda setelah berdiam diri begitu lama tehadap perbuatan mungkar satu pihak itu . Kesabaran baginda ada hadnya. Baginda bersuara kerana kemungkjaran itu sudah tiba ketahap melampau. Yang salah perlu diperbetul.

    Reply

Leave a Reply