Diktator: Dulu Kutuk, Sekarang Kan Dah Mendapat

Tindakan Mahathir secara bersendirian menentukan apa patut atau tidak patut dibuat jika Pakatan Harampan memerintah KALAU menang dalam PRU14, menambah lagi huru hara dalam pembangkang selepas Pakatan Rakyat berkubur dan PAS terkeluar pada tahun 2014.  Seperti contoh BR1M, memandai mandai saja Mahathir bercakap bagi pihak Pakatan akan meneruskan atau tidak meneruskan program itu KALAU menjadi kerajaan.

Diktator sungguhkan? Sebiji, apa yang Pakatan doakan Mahathir untuk jadi dulu, makbul dah, cuma sekarang dia menjadi diktator dalam Pakatan, baru padan muka hangpa semua.  Langsung takdak bincang, main sebut ikut suka dia saja.

Sebelum ini Muhyididn buat onar bila mendakwa kepada sebuah akhbar cina bahawa UEC tidak akan diiktiraf kalau Pakatan menang.  Ramai pemimpin Pakatan mempersoalkan atas kapasiti apa Muhyiddin membuat keputusan seperti itu.  Muhyiddin bagaimanapun menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu tapi tidak pulak menyaman akhbar cina yang berkenaan.  Kira betullah.

Parti paling baru wujud dalam Malaysia tapi nak berlagak raja, nak jadi ketua menentukan semua benda.  DAP, PKR termasuk sebahagian besar yang kini membentuk PAN, dah lama tunggang terbalik menentang kerajaan termasuk yang diketuai Mahathir sendiri sehingga ke tahap masuk penjara serta ditahan ISA, datang parti baru ini yang diketuai Mahathir,  dia nak tentu apa yang baik dan tidak untuk Pakatan pulak.

Hitler jika masih hidup pun boleh menangis macam ini.

Kalau Mahathir berterusan menentukan apa yang akan dan tidak dilaksanakan jika Pakatan menjadi kerajaan, pertelagahan di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan akan berkembang menjadi tragedi.  Ini sudah tentu berita yang sangat baik untuk UMNO dan Mahathir harus jangan diganggu dalam hal ini, biar dia terus jadi diktator dalam Pakatan, kita tunggu hentam dari luar saja.

Oh ya, menariknya, dalam banyak benda yang Mahathir sebut dalam ucapan semasa majlis perasmian Pribumi Sabtu lepas, satu pun tak sentuh pasal Anwar jadi Perdana Menteri.  Nampak gayanya, boleh mimpi sajalah bang Non ooi.

2 thoughts on “Diktator: Dulu Kutuk, Sekarang Kan Dah Mendapat

  • January 16, 2017 at 16:04
    Permalink

    mahathir sedang test power dengan menunjukan sikap ‘dictatorship’ pada sekutunya tentang apa mereka perlu & tidak perlu lakukan kerana sikap ‘dictatorship’ ini memang menjadi darah daging & kemahiran mahathir semasa menjadi PM selama 22 tahun…sikap ‘dictatorship’ ini harus ada pada seorang ‘megalomaniac’ seperti mahathir…sikap ‘dictatatorship’ ini bagaikan proses acuan untuk membentuk sekutunya menjadi lembu2 yang dicucuk gelang besi untuk menjadi pengikat tali pada hidung mereka…kalau ditanya pada kanak2 darjah 1, mereka pun tahu nak jawab ‘siapa’ menarik tali yang terlekat pada lembu ini untuk diberi arahan melakukan kerja2 menguntungkan ‘dictator’ itu

    setidak-tidaknya jika acuan yang dimaksudkan itu hanya dapat membentuk kepala & muka lembu(walaupun belum cukup sifat 100%) terlebih dahulu, ianya sudah memadai buat mahathir kerana lembu sudah tentu akan setuju, tidak mempunyai masalah & tidak membantah untuk sehati sejiwa menobatkan anaknya mukhriz menjadi PM sekiranya pembangkang menjadi kerajaan…lembu cukup sifat 100% pula bermaksud isu tentang dapat membuat manifesto yang sama, penggunaan logo yang sama & agihan kerusi(untuk mengelak berlaku pertandingan 3 atau lebih penjuru) telah dapat diselesaikan

    apa pun ramai orang menjangkakan usaha mahathir mentransformasi sekutunya menjadi lembu kena cucuk hidung tidak akan menjadi kenyataan…jangan fikir anwar yang sedang berada dalam penjara tidak terasa apa2…berada dalam penjara ibarat berada dalam kandang, apakah anwar sanggup terima & akur dirinya juga terpaksa menjadi lembu ternakan mahathir yang terlebih layak dikata berada dalam kandang berbanding lembu2 lain yang tidak berada dalam penjara yang sedang mahathir ternak untuk dijadikan lembu cukup sifat 100%?

    Reply

Leave a Reply