BR1M: Antara “U-Turn” dan “Al-haramu Wal Halalku”

Share

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, kita melihat bagaimana cubaan untuk memburuk-burukkan BR1M semakin dipertingkatkan. Pelbagai cara, pelbagai rasa, olahan pembangkang untuk menghakis kepercayaan rakyat bahawa BR1M itu tidak bagus ternyata tidak menjadi.

Matematiknya mudah, jika kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang memberi, kenapa itu pula dilabelkan sebagai berkebajikan?

Keupayaan untuk kerajaan memulangkan sejumlah besar hasil negara kepada rakyat seharusnya dijadikan iktibar dan tauladan oleh ahli politik, atau barang siapa yang bercita-cita untuk memerintah. Hasil yang dipulangkan kepada golongan sasar, lebih bermanfaat dari cara lama iaitu “main pukul rata”.


Untung-untung, jika “main pukul rata”, anak-anak, saudara mara dan “tauke-tauke” dapatlah juga merasa subsidi negara dengan kadar yang lebih tinggi. Siapa kaya, dia yang punya.

Pusing punya pusing, belit punya belit, tiba-tiba gegendang telinga rakyat, ibarat dipanah petir, mendengar kenyataan bahawa jika pembangkang memerintah kelak, BR1M tiada masalah untuk dikekalkan. Rupanya jika pembangkang memerintah, BR1M tidak lagi berstatus “rasuah” dan tidak menyalahi undang-undang. Wowww.. ini sudah kira “al haramu wal wal halalku”.

Sungguh tidak tersangka, kerana selama ini, bila kita sebut istilah “U-Turn”, akan kekal terpahat bahawa ianya milik PAS secara abadi. Kini tidak lagi. Beruntungnya PAS kerana tidak lagi bersekongkol, dan badi “U-Turn” telah menghantui Mahathir dan partinya.


Apa pun sentimen, apa pun sebab musabab, Mahathir yang diidolakan sepanjang zaman sehingga melahirkan pentaksub-pentaksub sejati, terpaksa mengakui keberkesanan BR1M dari sudut politik atau ekonomi. Berkebajikan kepada rakyat, selain menjana ekonomi tempatan.

Mahathir terpaksa hadam sendiri kata-kata yang pernah dilemparkan berkenaan BR1M. Satu ketika, ramai berpendapat bahawa Mahathir adalah pakar ekonomi. Mungkin kerana amalan “politik kebencian” itu yang menyebabkan beliau hilang rasional terhadap “kepakaran” tersebut, atau adakah “kepakaran” tersebut hanya propaganda yang dimainkan oleh kroni-kroni beliau untuk mewujudkan faktor “WOW”.

Dengan membuat pusingan u-turn, maka Mahathir sebenarnya bersetuju bahawa apa yang Perdana Menteri Najib Razak sedang dan telah lakukan untuk ekonomi Malaysia dalah tepat dan benar.


Tiba-tiba teringat bait-bait lagu Fauziah Latif:

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

2 thoughts on “BR1M: Antara “U-Turn” dan “Al-haramu Wal Halalku”

  • January 16, 2017 at 16:11
    Permalink

    Dia Mufti ala mee maggi, hari ni dia haramkan, besok dia halalkan, lusa dia sunatkan, dan tulat dia makrohkan..

    Reply

Leave a Reply