Seronok Tengok Gelagat ‘Armada’ Teruja Dilambung Tinggi

Share

Hendak ketawa pun ada, rasa kasihan pun ada bila mengenangkan Ketua ‘Armada’ dari parti ‘bunga raya’. Mungkin terlalu naif dalam politik negara, dia kelihatan teruja mengepalai sayap parti baru itu dengan nama yang ‘gah’ bagai bala tentera merentas samudera.

Bukan main lagi seronok dia mengatakan majoriti yang menganggotai ‘bunga raya’ adalah anak muda. Mungkin apa yang dia hendak tonjolkan bahawa anak muda memilih untuk menyertai ‘bunga raya’ berbanding UMNO?

Dia serahkan 1,500 keping borang permohonan dari golongan anak muda untuk menjadi ahli parti semalam. Mungkin dia fikir, jumlah itu ramai dan ‘bunga raya’ akan menang pilihan raya kerana ‘armada’ yang dia ketuai?


Penulis tidak tahu berapa usia sebenar ketua ‘armada’ itu pada tahun 1997-1998 dulu. Dia di sekolah rendah atau menengah? Darjah berapa atau tingkatan berapa dia ketika itu? Dia tahu apa yang berlaku ketika itu?

Ketua ‘Armada’ itu tahu berapa ramai anak muda yang menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika itu? Dia tahu berapa ramai golongan muda yang mencerca Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad?

Jumlahnya bukan hanya 1,500 orang., bukan 15,000 orang, malah dijangka kira-kira lebih dari 200,000 anak muda di seluruh negara ketika itu menyokong Anwar. Bukan hanya anak muda yang baru bekerja atau cari kerja, malah mahasiswa dan budak sekolah pun sokong Anwar.


Hendak tahu bagaimana semangat mereka? Mereka berani mati, sanggup jadi benteng hidup merentas jalan sambil memekik-mekik mencerca Mahathir sebagai zalim dan ‘firaun’. Ketua ‘armada’ perlu tahu betapa kuat pengaruh Anwar di mata anak muda ketika itu.

Tapi tahukah budak ‘kanyaq’ itu bahawa parti yang mewakili Anwar itu hanya menang satu kerusi parlimen sahaja ketika pertama kali menyertai pilihan raya? Itupun di Permatang Pauh, kubu kuat Anwar yang banyak termakan budi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apakah kali ini ketua ‘armada’ itu fikir Presiden dan Timbalan Presidennya akan menang mudah di Parlimen Pagoh atau Dun Ayer Hitam kerana kekuatan ‘armada’nya? Cakap pakai air liur, budak tadika Pasti pun boleh…


Penulis faham, dia mungkin terlalu bersemangat dan teruja bila diberi perhatian dan jawatan besar oleh idolanya. Tapi keterujaan itu hanya bersandarkan emosi dan retorik politik. Cuba tanya Ezam Mohd Noor, di mana dia dalam PKR sebelum ini sedangkan dia sanggup masuk penjara kerana Anwar.

Ketua ‘armada’ itu wajar bersedia dengan ‘sepak terajang’ politik. Jangan fikir pengerusinya itu terlalu baik sangat kerana mungkin ‘baiknya’ itu adalah ‘baik yang ada makna’. Bersedialah jadi pekakas dan sedialah untuk ‘dipermainkan’.

Bukan seorang saja yang pernah kena dengannya sebelum ini, sudah ramai. Bukan calang-calang juga yang terkena itu. Antaranya bekas-bekas menteri yang genius, malah yang pernah jadi ‘anak emas’nya pun pernah dihumban ke penjara. Belajarlah dari pengalaman lalu…

2 thoughts on “Seronok Tengok Gelagat ‘Armada’ Teruja Dilambung Tinggi

  • January 16, 2017 at 00:53
    Permalink

    betul tu, bagaikan boleh diruntuhkan bangunan PWTC UMNO gelagat ketua armada pemuda parti cap bunga itu walaupun dia belum tahu serta kenal erti & pengalaman sebenar perjuangan & sepak terajang politik kerana pada tahun 90’an dahulu ramai orang tahu dia masih kencing & berak dalam lampin

    perjuangan & sepak terajang politik sekarang tidak sama dengan zaman anwar & gerombolannya memperjuangkan reformasi pada tahun dahulu seperti yang diceritakan penulis…zaman anwar & reformasinya dahulu ada ISA, pentaksub & penyokong biasa keluar masuk lokap & biasa kena bantai dengan polis…FRU pada masa itu menggunakan rotan panjang bebas sebat dengan sesuka hati & dengan sesedap rasa pada para penunjuk perasaan reformasi anwar

    semoga syed saddiq tidak mudah terkencing dalam seluar atau terberak dalam seluar nantinya bila berdepan dengan situasi sebenar perjuangan & sepak terajang politik kerana tindakan pihak berkuasa sekarang ini teramat lembut adanya tidak seperti zaman reformasi anwar dahulu

    Reply

Leave a Reply