BR1M Kekal Pulak Dah, Mahathir ‘Berjasa’ Lagi Kepada UMNO & Najib

Share

MAHATHIR ‘berjasa’ lagi kepada kerajaan BN bila semalam mengumumkan dalam perasmian partinya, Bersatu cap bunga raya, bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lama dikempenkannya sendiri sebagai rasuah, akan dikekalkan kalau Pakatan menang dalam PRU14.

Sebelum ini berulang kali Mahathir mengatakan BR1M itu rasuah dan tanpa sebarang kesipuan, dia mengubah pandangan itu begitu saja.  Positiflah untuk UMNO dan Datuk Seri Najb Tun Razak yang memperkenalkan BR1M kerana Mahathir menjilat ludahnya sendiri tanpa Najib perlu bersusah payah.

Ia adalah Mahathir sendiri yang kata rasuah dan Mahathir juga yang kemudian kata bukan rasuah, mudahkan?


Yang menarik, dalam mana-mana keadaan, yang nampak gila dan bodoh ialah penyokong-penyokongnya.  Masa Mahathir kata BR1M itu rasuah depa sokong bagai nak rak, masa Mahathir kata BR1M akan kekal KALAU Pakatan memerintah, pun depa sokong bagai nak rak jugak.  Memang sah takde otak.

Jelas tak guna akal sama sekali, bukannya Mahathir ini terima wahyu dari Tuhan pun sehingga apa yang dia cakap mesti diikut tanpa soal.  Hukum Tuhan pun banyak yang puak-puak ini tak pedulikan, cakap Mahathir pulak yang didulukan tidak kira bercanggah macam mana.

Begitupun, Mahathir mungkin tak sedar bahawa ramai lagi rakyat di luar ini melihat perubahan kata-kata ini sebagai bukti bahawa dia sememangnya seorang penipu besar.  Kalau pasal BR1M ini Mahathir boleh tipu rakyat, entah apa lagi Mahathir akan tipu rakyat.


Apa pun, terima kasihlah sebab berjasa kepada BN dan Najib dengan percanggahan ini.  Kita harap Mahathir panjang umurnya lagi sebab lebih banyak dia bercakap, lebih kuat jadi kami.

Semua kenyataan membodohkan Pakatan dan diri sendiri Mahathir tolong buatkan untuk kami.  Kami tolong ‘bodohkan’ saja lagi.  Tak hairan kenapa orang besar DAP pun malu nak tunjuk muka semalam.

6 thoughts on “BR1M Kekal Pulak Dah, Mahathir ‘Berjasa’ Lagi Kepada UMNO & Najib

  • January 15, 2017 at 14:42
    Permalink

    kenyataan mahathir menjilat balik ludahnya tentang kata BR1M sebelumnya adalah rasuah tapi sekarang bukan rasuah pula ibarat mahathir menjaringkan goal sendiri…para pentaksub & penyokong yang menghidap sakit otak menjerit keriangan melihat kapten(mahathir) yang turut sama menghidap sakit otak & tanpa sedikit pun rasa kesipuan menjaringkan goal sendiri…inilah antara kesipuan2 yang sedang & akan diperlihatkan kepada rakyat

    Reply
  • January 15, 2017 at 23:15
    Permalink

    Hospital Mata Tun Husein Onn, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultanah Bahiyah, dan yg kita sedang tunggu dlm pembinaan ialah Hospital Mental Tun Mahathir, akan di bina di Kubang Pasu, Kedah.., apa mcm, setuju tak?, kalau tk setuju, boleh mintak Dtk seri Najib batalkan projek tu..

    Reply
  • January 16, 2017 at 00:18
    Permalink

    pesakit mental pasti setuju & jangan terkejut sekiranya ada diantara mereka tiba2 telah sembuh dari sakit mental pada masa itu bila tahu nak marah tengok gelagat boboi & gerombolannya marah2 bantah pembinaan hospital mental di Kedah itu yang menggunakan nama daddynya…mereka akan memberi saranan supaya boboi dirawat sebagai pesakit pertama yang diterima masuk ke Hospital Mental Tun Mahathir di Kedah yang baharu dibina & dibuka secara rasmi oleh Najib pada masa itu

    Reply
  • January 16, 2017 at 22:56
    Permalink

    BR1M akan di tukar pada BROOM= Bantun Rakyat Oleh Orang Mahathir. ., he, he, he..

    Reply
  • January 17, 2017 at 00:00
    Permalink

    sepatutnya mahathir diberi tamparan menggunakan BROOM pada mukanya

    Reply

Leave a Reply