‘Bunga Raya’ Nak Tawan Kedah? Takutnya…

Share

Kedah merupakan antara negeri yang disasarkan ‘bunga raya’ untuk ditawan parti baru itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Seperti yang kita maklum, Kedah merupakan negeri kelahiran pengerusi dan timbalan presiden ‘bunga raya’, sudah tentu mereka mahu berkuasa negeri itu.

Sementelah ‘bunga raya’ rasmi dilancarkan semalam di Stadium Malawati, maka suka penulis ingatkan kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri Kedah supaya bersedia dengan kotak-kotak kosong menjelang PRU ke-14 ini.

Bukan apa, mendengar cakap besar dari timbalan presiden ‘bunga raya’ semalam, ia cukup ‘menggerunkan’ penulis. Cakapnya itu bagai Kedah, Johor dan beberapa lagi negeri yang disasar mereka akan jatuh ke tangan ‘bunga raya’ lagaknya. ‘Takutnya’, bukan?


Agaknya berapa kerusi di Kedah? 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) saja di Kedah? Setahu penulis, negeri itu mempunyai 36 kerusi Dun untuk direbut parti-parti bertanding. Boleh ‘bunga raya’, DAP, PKR dan PAN menang di semua 36 Dun itu?

Pada PRU ke-13 yang lalu, PKR hanya bertanding di 12 kerusi di Dun Kedah. Memandangkan PAS Kedah telah berikrar untuk kekal bertanding di semua 24 kerusi yang mereka tandingi pada PRU ke-13, maka ‘bunga raya’, DAP, PKR dan PAN perlu berebut baki 12 kerusi Dun lagi.

Itupun jika betul ‘bunga raya’ dan sekutu-sekutunya serius dengan retorik mitos mereka konon mahu mengelak pertandingan 3 penjuru pada PRU ke-14 nanti. Jika tidak, maka temasya PRU ke-14 nanti akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Kedah, dan mungkin lebih!


Itu belum lagi disebut tentang konflik yang bakal meletus berhubung perebutan kerusi di kalangan puak ‘bunga raya’ dengan sekutu-sekutunya. Huru-hara dan caca merba itu akan membawa kemenangan kepada ‘bunga raya’ dan pakatan harapan?

Pada pandangan penulis, bekas Menteri Besar Kedah itu perlu sedar bahawa jika diharapkan dia dulu mengepalai jentera BN di Kedah, jangan haraplah boleh rampas negeri itu dari PAS. Jika rampas Kedah pun ‘tak lepas’, bagaimana nak rampas kerajaan pusat dari BN?

Bukan orang tidak tahu bagaimana Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyediakan ‘karpet merah’ memberi laluan mudah untuknya menjadi Menteri Besar. Padahal, Ahmad Bashahlah pemimpin yang bertanggungjawab menyatukan UMNO/BN, merancang dan menewaskan PAS di Kedah.


BN berjaya menang di Kedah kerana timbalan presiden ‘bunga raya’ pada PRU ke-13? Itu hanya persepsi saja. Bagaimana dia hendak menangkan BN di Kedah jika hanya pulang ke negeri itu kira-kira 4 bulan sebelum pilihan raya? Hendak satukan UMNO/BN di Kedah pun tak mampu dalam tempoh itu, kenal jentera pun tidak!

Jadi, janganlah janjikan yang bukan-bukan depan budak-budak hingusan yang sertai ‘bunga raya’. Mereka belum kenal siapa ‘Maverick Malaysia’ dan mereka tidak tahu bahawa popular tidak semestinya benar dan akan menang. Berhentilah janjikan sesuatu yang tidak realistik.

Buat apa dengan kotak-kotak kosong yang penulis minta pemimpin BN Kedah sediakan itu adalah untuk masukkan jika ada lagi saki baki barang milik bekas Menteri Besar itu yang tertinggal di pejabat kerajaan mahupun pejabat UMNO Kedah. Serah balik padanya, ‘cuci’ biar bersih ‘kekotoran’ itu…

2 thoughts on “‘Bunga Raya’ Nak Tawan Kedah? Takutnya…

  • January 15, 2017 at 07:28
    Permalink

    Sebuah pakatan caca merba yang diketuai oleh begitu ramai kepala itu terpaksa meneruskan usaha yang mereka mulakan. Mereka terpaksa melakarkan pelan mereka walau pun lakaran itu bertinta air yang tidak melekat dikertas.

    Mukriz sewaktu bernaung bawah kerajaan pun tidak pernah ada cengkaman terhadap Kedah inikan pulak berada diluar kerajaan berpayongkan bunga raya. Keluarnya dia dari Kedah pun tidak disambut dengan sebarang reaksi. TErperanjat sungguh bapaknya mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya tidak begitu dikehendaki diKedah. Ada atau tidak ada sama sahaja.

    Apa yang kita lihat sekarang tak ada bapak hilanglah anak. Bapaknya telah terlalu lanjut usia. Orang kata, young people may die. Old people must die. Kematian akan tiba juga tanpa kita meminta, tanpa orang mendoakan. Namun apa yang kita nampak begitulah … boboi hanya wujud kerana bapaknya. Tak ada bapak tak ada boboi. Pergi bapak pergilah segala politik boboi termasok bunga raya sekali.

    Reply
  • January 15, 2017 at 15:08
    Permalink

    PAS pun tahu boboi juga menghidap sakit otak berangan nak tawan & jadi lagi MB Kedah

    Reply

Leave a Reply