Pakatan Guna Pendekatan Skim Cepat Kaya Untuk Pengaruhi Rakyat

Share

ORANG Malaysia diakui antara tertinggi kalau bab kena tipu sebab nak kaya cepat ni.  Ambik satu contoh, gores dan menang.  Berbuih mulut dah kempen agar jangan dilayan, pun begitu pada setiap masa kita dengar orang tertipu kerana benda bodoh macam itu.  Itu baru satu, belum black money, bomoh tarik duit, pelaburan Internet dan yang lain-lain lagi.

Mengikut statistik polis, wang sebanyak RM 1.3 billion lesap, membabitkan hampir 30,000 mangsa penipuan pelbagai skim nak kaya cepat dari 2014 hingga Februari 2016 sahaja.  Itu yang lapor, yang tak lapor entah berapa banyak.

Pakatan Harapan, sebagai parti gabungan pembangkang pembelit terbesar negara ini tahu, bahawa orang Malaysia kalau dalam bab nak hidup senang dan kaya cepat, memang cepat menangkap.  Maka dalam kempen mereka, digunakanlah semua gula-gula yang menjurus ke arah itu.


Kereta murah, barang murah, tol percuma, hutang hapus, minyak murah sampai mati, gaji minumum dengan sebahagiannya dibayar kerajaan, apa yang Pakatan ini tak gunakan untuk perdayakan rakyat.  Ejennya pulak muka-muka manis dengan latarbelakang pendidikan tinggi – sebijik macam ejen Skim Cepat Kayalah juga.

Tanpa sedar, rakyat sebenarnya sedang diperdaya guna taktik yang tidak jauh dengan skim cepat kaya seumpama Pak Man Telo.  Labur sikit, dapat banyak, dalam konteks Pakatan sebagai organisasi politik, undi satu, kami bagi beribu.  Gambarannya macam itu.

Realiti di negeri dia perintah, tidak ada apa pun membabit kepentingan rakyat dibawah kawalan mereka yang murah.  Ambik contoh beg plastik la cukup.  Itupun rakyat disuruh bayar 20 sen satu.  Harga rumah jangan cakap.


Mana yang sedang terpedaya ni penulis nak ingatkan, sebijak mana pun anda rasa, jangan ingat boleh terlepas dari penipuan ala Skim Cepat Kaya oleh Pakatan ni.  Penulis dah tengok, yang cerdik pun kena, yang tak cerdik apatah lagi.

Nanti besok tepuk dahi sebab kena tipu, masa itu dah terlambat dah sebab sama macam Skim Cepat Kaya juga, hujung-hujungnya kena tipu bukan ada untung sama sekali.

Leave a Reply