Mahathir Bukan Faktor Penting Politik – Pemuda PAS

Share

Padanlah melenting sungguh rakan-rakan a.k.a mat-mat bunga semalam, rupanya sangat “sentap” dengan kenyataan Pemuda PAS Kelantan yang berkata Mahathir bukan faktor penting politik negara, sekaligus menolak kerjasama antara parti itu dengan parti mahathir untuk PRU yang akan datang.

Dengan taraf “serba betul” yang diberikan kepada mantan, tidak hairanlah jika kenyataan Pemuda PAS Kelantan itu sangat mengguris hati. Ibarat dihiris-hiris dengan belati tajam, pedihnya dapat dilihat dengan hamburan makian tanpa henti menghiasi bibir tebal mereka.

Rata-rata umat Islam marah dengan Mahathir mutakhir ini, berikutan sikapnya sehingga mengundang teguran dari agamawan. Maka, apalah sangat dengan kenyataan balas Pemuda PAS itu.

Ia mengingatkan penulis kepada beberapa dakwaan dari rakan-rakan PAS berbelas tahun yang lalu. Ada antara mereka yang memilih untuk menentang UMNO gara-gara percaya bahawa Mahathir adalah seorang “anti-hadis”. Lebih-lebih lagi Mahathir sangat rapat dan sering menyokong Kassim Ahmad, penulis kontroversi yang bukunya pernah diputuskan bercanggah dengan akidah Islam oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986. Ditambah isu haji mabrur, ia seolah-olah membenarkan tuduhan-tuduhan yang mungkin selama ini berlegar-legar di minda ahlul PAS.

Bagi penulis, Mahathir tetap menjadi faktor penting dalam politik negara. Peranannya untuk strategi “pecah dan perintah” sangat besar. Jika tidak, mana mungkin DAP mengambil hatinya, menyentuh jiwanya.

“WOW factor” to divide and rule, that is what Mahathir is all about.

Marahnya mat bunga kepada Pemuda PAS Kelantan bukan kepalang. Ia disebabkan oleh sikap mereka sendiri, persis “samikna wa atokna” ke atas apa yang Mahathir kata, bukan menilai apa yang dikata. Oleh yang demikian, orang kebanyakan dan marhein sering menamakan golongan tersebut sebagai pentaksub.

One thought on “Mahathir Bukan Faktor Penting Politik – Pemuda PAS

  • January 14, 2017 at 14:59
    Permalink

    Mahathir ni dah tk usah layan, makin di layan, makin menjadi, satu hari nanti bila penat, berhenti lah dia dari menyibuk dalam politik..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!