Insiden ‘Yakin Jadi Ketua Pemuda’ Bakal Berulang?

Share

Keyakinan puak ‘bunga raya’ untuk mencapai cita-cita berkuasa di negara ini meningkat 1000 peratus hari ini. Melancarkan parti baru mereka di Stadium Malawati, khabarnya ada yang sudah tidak sabar untuk menjadi kerajaan persekutuan.

Contohnya, seorang bekas Menteri Besar meluah keyakinannya pada media mendakwa ‘bunga raya’ yang kini bersekutu dengan DAP, PKR dan PAN akan membentuk kerajaan pusat selepas menang pada PRU ke-14 nanti.

Pertamanya, tahniah penulis ucapkan kerana berjaya melancarkan ‘bunga raya’ hari ini. Ia membuktikan demokrasi masih subur di negara ini, tidak seperti yang dicanang seorang bekas Perdana Menteri sebelum ini.


Keduanya, penulis selaku salah seorang pejuang agama, bangsa dan negara bersama UMNO selama hidup ini menerima cabaran ‘bunga raya’ itu dengan sikap berlapang dada. Jangan ingat dengan keyakinan seperti itu mampu membuat kami gentar.

Sebenarnya, ‘keyakinan’ seperti yang diluah bekas Menteri Besar yang terkenal dengan jolokan sebuah cerita kartun ‘superhero’ tempatan itu merupakan satu keyakinan yang bersifat ‘steroetaip’. Satu ‘keyakinan’ yang biasa sangat kita dengar.

Contohnya, penulis pernah dengar keyakinan sebegitu dari seorang ‘calon’ dalam satu pertandingan 3 penjuru ketika merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dulu. ‘Keyakinan’nya begitu tinggi, tak sabar katanya mahu jadi Ketua Pemuda UMNO.


Tapi bila tiba hari pemilihan, dia bukan saja tewas dan gagal merebut jawatan yang dia idamkan itu, malah berada di kedudukan tercorot walaupun di atas kertas menunjukkan dia paling popular. Bila kalah, maka terbitlah macam-macam alasan termasuk memburukkan calon yang dapat undi lebih banyak.

Itu ‘keyakinan stereotaip’ pertama. Yang keduanya adalah keyakinan ‘stereotaip’ membabitkan calon politik yang perasan kuat. Jenis yang ini dapat kita lihat dalam banyak insiden pemilihan, khususnya di kalangan calon pilihanraya.

Jika ditanya tahap keyakinan mereka untuk menang pilihan raya, maka sudah tentulah mereka akan kata ‘saya yakin akan menang’. Padahal, kita pun tahu dia tidak berpeluang untuk menang. Bagaimana hendak menang jika siapa pun tidak kenal dia di kawasan yang dia tandingi?


Jadi lebih kurang samalah juga dengan keyakinan bekas Menteri Besar itu. Dia fikir partinya ‘kuat’ sangat. Padahal semua orang tahu tentang ‘perang’ dalam partinya yang berusia tak sampai setahun jagung itu. Berebut jawatan hingga sanggup aibkan orang ke tahap maksimum?

Itu belum lagi masuk bab pemilihan calon pilihan raya. Penulis jangka, akan ada nanti insiden-insiden yang lebih menarik untuk kita lihat. Setakat lompat parti itu insiden biasa. Kita nantikan insiden yang lebih luar biasa dari itu.

Yakin menang pilihan raya dan jadi kerajaan? ‘Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’, kalau kalah teruk nanti siapa yang malu? Jika tidak jadi kerajaan nanti, apa pula alasan? Jika gagal nanti, ke mana hendak ditunjukkan muka? Cakapnya besar sangat, bukan?

Ingatlah bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Kuasa itu ditanganNya. Jika hingga dihujung nyawa pun masih tak ingat Allah dan masih mengutamakan kuasa, berfatwa menafikan mufti dan saranan ulama, maka fikir-fikirkanlah di mana redha Allah nanti…

Leave a Reply