Maaf Dari Mahathir? Mereputlah..

Share

Sungguh tidak menghairankan apabila Mahathir enggan meminta maaf berhubung dakwaannya tentang haji mabrur sekalipun didesak oleh banyak pihak.

Sejak mula berkecimpung di arena politik, termasuk 22 tahun tempoh selaku perdana menteri, sehinggalah sekarang, apa yang dilakukannya sering dianggap paling betul.

Pernah kalah bertanding di Kota Setar kepada Yusof Rawa sekitar tahun 70an dulu, bukan hendak melihat apa kesilapan beliau ketika itu, malah memilih untuk menyalahkan orang lain pula. Tanyalah veteran-veteran politik, mereka masih mengingatinya.


Sebelum bergelar perdana menteri lagi, beliau sudah terkenal dengan sikap mengecam orang lain yang didakwanya tidak betul. Hampir dengan semua pemimpin utama, beliau cari “gaduh”. Apatah lagi sewaktu bergelar perdana menteri, siapa yang berani melawan kata-katanya? Baik dari segi pentadbiran negara, apatah lagi soal hal ehwal parti.

Bagaimana pun, strateginya boleh dianggap menjadi, apabila melahirkan pentaksub-pentaksub yang sehingga sekarang percaya bahawa hanya beliau sahaja yang betul. Tahniah juga diucapkan kepada “tukang lambung” seperti Sanusi Joned, yang sering mempraktiskan taktik yang sama dalam majlis-majlis pertemuan dengan khalayak. Hasilnya, ada juga yang terpedaya, tidak kurang juga terasa loya. Ini bukan zaman Zainuddin Maidin lah!

Bila bicara soal Mahathir, semua pengikutnya sering melagukan apa yang dikata oleh mantan perdana menteri itu, tanpa sedikit mahu berfikir tentang apa yang telah dan pernah beliau lakukan. Terlalu banyak kontra antara apa yang beliau lafazkan sekarang, berbanding dahulu.


Pada Mahathir, semua orang salah, dan beliau sahaja yang betul. Dengan ego menggunung sebegini, apalah yang diharapkan dengan permohonan maaf daripadanya?

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!