Usah Dihirau Sangat ‘Fatwa’ Orang Kurang Faham Agama…

Share

Hingga hari ini, masih kecoh diperkatakan tentang kenyataan Pengerusi PPBM yang mempersoal ibadah haji orang sebagai tidak mabrur. Walau ramai pihak termasuk mufti telah mengeluarkan kenyataan, dia masih lagi mempertahan perdiriaannya…

Pada pandangan penulis yang tidak tinggi ilmu agama dan tidak memiliki fahaman agama sehebat ulama serta mufti yang lebih muktabar, maka penulis akur dan lebih yakin untuk tidak mempersoal haji orang sama ada mabrur atau tidak. Itu hak Allah SWT.

Namun mengenangkan pendirian Pengerusi PPBM dan sejarahnya bercakap mengenai agama menjelaskan dia sendiri sebenarnya tidaklah faham sangat mengenai agama Islam. Dia mungkin tahu ibadah asasnya, namun bukan seorang ulama yang benar-benar faham tentang ilmu agama.


Penulis masih ingat bagaimana dia bermati-matian mempertahan seorang individu yang disifatkan sebagai ‘anti hadis’. Pendirian itu sudah cukup untuk mentafsirkan di tahap mana pengetahuan dan kefahamannya tentang agama Islam.

Masih lagi ingat tentang isu ‘Gillete’? Ketika berkuasa dulu, walaupun pernah ditegur oleh alim ulama supaya menarik balik kenyataan biadapnya itu, dia tetap ‘selamba badak’. Mungkin kerana egonya ketika itu sebagai Perdana Menteri yang ‘kebal’ atau ‘maha-Firaun’?

Suatu masa dahulu, ketika mana PAS mengambil alih Kelantan dari penguasaan BN, arwah Dato’ Nik Aziz Nik Mat pernah dua kali mengajukan draf hudud yang tidak sempurna untuk pertimbangan kerajaan yang dia ketuai.


Malah ketika Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau juga pernah mencuba nasib mengemukakan draf hudud kepada Pengerusi PPBM itu. Malangnya, ketiga-tiga draf hudud itu ditolak mentah-mentah tanpa sebarang ‘bantuan’ atau ‘kerjasama’.

Pendekatannya amat berbeza dengan Presiden UMNO sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang berbesar hati menerima usul PAS mengenai pindaan Akta 355. Bukan saja menyambut baik, malah disediakan platform untuk perbincangan, kajian yang lebih teliti dan membantu dengan baik usul demi kepentingan umat Islam itu.

Benarlah arwah Nik Aziz, Abdul Hadi dan Najib tidak sempurna seperti Rasulullah SAW, namun berusaha ke arah memartabatkan sistem perundangan dan hukum hakam Allah itu menjelaskan perbezaan ketara fahaman antara mereka dengan Pengerusi PPBM, bukan?


Jadi, merujuk kepada insiden dan peristiwa lalu yang membabitkan Pengerusi PPBM dengan sesuatu mengenai Islam, maka penulis tidak mengambil pusing sangat dengan ‘fatwa’ Pengerusi PPBM. Ini kerana beza ketinggian ilmu dan fahaman agamanya dengan para ulama dan mufti bagaikan ‘budak darjah 6’ dengan ‘graduan lulusan universiti’ di Timur Tengah.

Lagipun, pada hemat penulis, Pengerusi PPBM ini bukannya ambil pusing sangat tentang kepentingan ilmu agama dan dia lebih layak dinobatkan sebagai ‘ulama politik’. Dia lebih bertuhankan politik berbanding kepentingan hukum-hakam Allah, bukan? Cuba teliti betul-betul…

2 thoughts on “Usah Dihirau Sangat ‘Fatwa’ Orang Kurang Faham Agama…

  • January 3, 2017 at 23:37
    Permalink

    Dalam beberapa sisi saya memang menyokong pendirian Mahathir dalam kes Kassim Ahmad yang dilabel sebagai ” anti hadis “…….hujah Kassim memang ada asasnya berkaitan sesuatu hadis yang jelas bercanggah dengan teks-teks alQuran yang diwahyukan oleh jibrel melalui rasulullah – Muhamad. Salah satu hadis yang daif adalah tentang seksaan kubur. Setelah saya semak teks alQuran dalam terjemahan ke bahasa melayu yang diiktiraf oleh JAKIM hasil penerjemahan oleh ahli bahasa arab & bahasa melayu yang mahir……tiada satupun ayat yang menyebut tentang seksaan dalam kubur…..yang ada cuma penyeksaan di akhirat kelak. Lalinlah kalau ada nas soheh dari teks bahasa arab yang menyebutkan tentang seksaan kubur.

    Sekiranya para forumer yang budiman sudi menolong saya,sila berikan nas-nas dari teks alQuran bukannya hadis,pendapat agamawan dan buku-buku fiqh klasik……kemungkinan saya terlepas pandang semasa membuat penyelamakan & penelitian terhadap alQuran.

    Sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Reply