Kit Siang Lebih Wajar Tanya Dr Mahathir Sendiri…

Share

 

Terkekek-kekek penulis melihat beberapa rakan yang sedang ketawa menghadap skrin laptop. Ingatkan mereka menonton video lucu di laman Youtube, tapi rupanya membaca kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di sebuah portal pro-pembangkang.

Kit Siang dalam kenyataannya mencabar UMNO supaya mengemukakan bukti menunjukkan dia seorang rasis. Kata veteran DAP itu, sudah berpuluh-puluh tahun dia bercakap dan menulis selama ini, tidak ada yang menunjukkan dirinya bersifat perkauman.

Padanlah rakan-rakan penulis itu ketawa. Ada kenyataan yang melucukan rupanya. Penulis hanya tersenyum melihat dan mendengar mereka mentertawakan bapa Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Tapi benarkah Kit Siang tidak rasis?


Penulis tidak hidup sezaman dengan Kit Siang. Kita semua pun tahu dia merupakan veteran DAP yang hidup sezaman dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada penulis, mungkin mereka yang sezaman dengan Kit Siang saja yang tahu jawapannya, bukan?

Masih terngiang-ngiang di teling penulis suara Dr Mahathir bercakap mengenai Kit Siang. Tidak silap penulis, kenyataan itu turut dirakam dan agak tular diperkatakan. Penulis yakin, kenyataan itu dikeluarkan Dr Mahathir ketika dia belum ‘lupa’ lagi…

Masih ingat kenyataan Dr Mahathir yang secara jelas, terang dan terbuka menegaskan Kit Siang adalah rasis? Khabarnya, ‘orang Mahathir’ sendiri yang merakam dan menyiarkan video berkenaan di internet.


Jadi pada pandangan penulis, usahlah Kit Siang bermain ‘wayang opera’ dengan mengajukan soalan seperti itu kepada UMNO. Orang yang menuduh dengan jelas bahawa dirinya seorang rasis ada di sebelahnya sendiri. Tanyalah pada Dr Mahathir!

Cuma, penulis tidak pasti sama ada Kit Siang berani atau tidak bertanyakan soalan tersebut kepada Mahathir kini di depan media. Jika dijawab Mahathir sekalipun, penulis tidak pasti sama ada jawapan yang diberikan itu benar ikhlas atau tidak.

Jika Mahathir jawab dan mengatakan dia mempunyai bukti kukuh menunjukkan Kit Siang seorang rasis, nanti mengamuk sakan pula DAP dan berpecah belah pula ‘ikatan pakatan’ yang ‘kurang sepakat’, bukan?


Namun sekiranya Pengerusi PPBM itu mendakwa dia ‘tersilap’ membuat kenyataan ketika itu, maka nampak sangat dirinya hipokrit, berbohong dan sekadar mahu menjaga hati ‘tuan baru’nya itu. Boleh serba salah jadinya nanti.

Walau bagaimanapun, eloklah Kit Siang bertanya secara berdepan dengan Mahathir sendiri. Jika media pro-pembangkang itu ada sekali untuk membuat liputan pun menarik juga. Kita lihat saja apa reaksi Mahathir di depan Kit Siang, bukan?

Pada hemat penulis, biar apa pun yang bakal dijawab Mahathir nanti, rakyat di seluruh negara sudah lama tahu siapakah DAP yang sebenar. Walau tidak bercakap ata mengungkap, segala tindakan dan dasar yang diperjuang secara tersirat sebelum ini sudah lama tersurat.

Rakyat bukan bodoh untuk menilai siapa DAP. Letaklah Diyana Sofya, Rara, Melati atau beberapa ‘genre’ anak muda Melayu di dalam DAP, ia tidak akan mampu memadam apa yang pernah disaksikan rakyat. Apa pun, kita tunggu jawapan Dr Mahathir…

3 thoughts on “Kit Siang Lebih Wajar Tanya Dr Mahathir Sendiri…

  • January 2, 2017 at 20:58
    Permalink

    kit siang cuba bermain silap mata dengan andaian pencabar lama dahulu dah menjadi satu geng iaitu madey kutty kerala.

    Madey kutty , midin pagoh yang selalu labelkan kit siang RASIS .

    Reply
  • January 2, 2017 at 21:55
    Permalink

    Berjabat tangan, berpelok2, duduk pun rapat2. Demikianlah keadaan 2 musuh tradisi yang mengaku mereka sedang berkawan walau pun mungkin belum berkasih2an. Mereka sedang berkesama untuk memukul sesaooarng.

    Walau disudut hati kita tahu mereka tetap saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Dalam hati masing2, tetap ada perasaan curiga , was was dan berbagai lagi .

    Reply

Leave a Reply