Pembangkang Burukan Malaysia, Negara Luar Tetap Lihat Malaysia Hebat

Share


BAGI mereka yang kerap melancung ke negara-negara luar terutamanya negara Asian yang lain, satu senario yang dapat anda saksikan, bagaimana rakyat di negara Asian yang lain begitu mengagumi negara kita. Tak lekang dari mulut mereka betapa bagusnya kemajuan yang Malaysia berjaya kecapi. Malah kejayaan Mass Rapid Transit(MRT) turut disebut-sebut sebagai kejayaan besar negara walaupun negara Asian yang lain sedang bergelut dengan kemerosotan ekonomi yang amat tenat. Namun perkara ini cuba sedaya upaya dinafikan oleh Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Mereka cuba mengambarkan betapa buruknya negara dengan mengadakan siri perhimpunan haram Bersih serta menyebarkan khabar-khabar angin dengan membayar media luar negara bagi mengambarkan tanahair kita ini mengalami masalah ekonomi yang amat teruk sehingga memungkinkan Malaysia bangkrap.

Pembangkang yang diketuai DAP berpura-pura terkejut bagaimana Malaysia sebuah negara kecil berpenduduk hanya 31.8 juta ini berjaya memegang pelbagai gelaran yang tidak enak didengar seperti negara dengan jurang terbesar kaya dan miskin rantau ini, penggunaan tenaga paling tidak cekap serta skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB.

Kesemua gelaran buruk tersebut sememangnya dicetus serta dipupuk oleh pembangkang sendiri. Kini mereka berpura-pura terkejut dengan gelaran tersebut. Tetapi pembangkang lupa bahawa rakyat negara luar tahu bahawa masalah negara mereka jauh lebih buruk dari Malaysia.

Pembangkang menuduh Malaysia sebagai negara pengamal rasuah tanpa melihat kredibiliti pemimpin DAP sendiri yang terpalit dengan rasuah salahguna kuasa serta berdepan dengan hukuman penjara dalam masa yang terdekat.

Rakyat Indonesia misalnya sedar bahawa rasuah di negara tersebut terlalu buruk sehingga mereka menganggap Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah. Perkara-perkara baik seperti ini sudah tentu cuba disembunyikan oleh mereka.

Skandal yang berlaku beberapa tahun yang lepas bukan sewaktu pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Skandal seperti Bank Bumiputera, Perwaja, Metramac, Malaysia Airlines, Bank Islam, Transmile, Megan Media, Scan Associates dan sebagainya berlaku semasa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneraju negara. Dan kita amat maklum bahawa kini Mahathir bersama pembangkang pimpinan DAP yang dengan sendirinya menjelaskan “wajah” sebenar beliau.

Sebenarnya pembangkang yang diketuai DAP gagal dalam misi memburukan negara dalam usaha mereka untuk memusnahkan Malaysia. Kita bertuah kerana memiliki kepimpinan yang hebat dalam mendepani cabaran kemelesatan ekonomi dunia dan serangan penyangak matawang Yahudi George Soros.



3 thoughts on “Pembangkang Burukan Malaysia, Negara Luar Tetap Lihat Malaysia Hebat

  • December 29, 2016 at 7:20 am
    Permalink

    ya pemimpin DAP pun bercuti keluar negara, kalau ringgit tak lakubdan murah buat apa nak keluar negara. tapi biasalah tipikal penyokong mereka dah taraf zombie.

    Reply
  • December 29, 2016 at 10:21 am
    Permalink

    Pembangkang nak harapkan siapa lagi untuk sokong mereka. Dalam negara sendiri mereka hanya boleh berharap pengundi2 maya mereka untuk memburukan negara sendiri di media sosial. Sokongan luar negara pulak dah tentu disambut mesra oleh kaum2 yang memang dengki dengan perkembangan negara kita yang teratur dari berbagai segi..lebih2 lagi kuasa2 besar kaum2 kafir yang tak suka negara bercirikan Islam macam Malaysia ni maju ke depan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *