Jika BR1M Rasuah, Air Percuma dan Subsidi Macam Mana?

Share


Oleh Amin Yatim

1. Mahathir Mohamad jelas hilang rasional dan logik manusiawi apabila mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.

2. Untuk rekod BR1M ialah satu mekanisme kerajaan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah berhadapan dalam dengan kenaikan kos sara hidup akibat rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

3. Justeru ia bukan satu pengenalan polisi gula-gula rakyat seperti yang didakwa oleh Mahathir. Ia adalah polisi yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas. Mustahil sesuatu polisi yang dibuat berdasarkan kepentingan rakyat dianggao sebagai rasuah.

4. Mahathir perlu faham bahawa zaman sudah berubah. Kaedah-kaedah pentadbiran beliau yang bagus dan relevan pada zamannya belum tentu berkesan pada hari ini.

5. Jika BR1M adalah rasuah, maka skim air percuma 20 meter padu untuk setiap kediaman di Selangor adalah “bapa segala rasuah politik”. Jutawan dan orang miskin mendapat air percuma dari kerajaan negeri. Apakah tujuan pemberian air percuma ini jika bukan untuk rasuah pilihan raya.

6. Tidak seperti BR1M yang mempunyai motif membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup, pemberian air percuma ini langsung tiada asas pengurusan ekonomi dan sosial oleh kerajaan.

7. Malah jika BR1M dianggap rasuah apa pula boleh dianggap oleh Mahathir apabila pada zaman beliau telah memberi susbidi baja dan padi kepada pesawah secara tetap tanpa mengambil kira mereka kaya atau miskin? Tidak cukup itu, beg-beg baja subsidi di Kelantan dicop dengan logo Barisan Nasional.

8. Kita mengalu-alukan pandangan dan kritikan Tun Mahathir ke atas kerajaan. Namun kritikan harus berasaskan fakta, rasional dan belas ihsan rakyat bukan bagai merak kayangan yang memikirkan beliau sahaja betul dan orang lain salah.

9. Tidak salah Ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus walau ia berjalan serong. Masalah dengan Mahathir ialah beliau mahu anaknya yang telah berjalan betul, mengikut jalan salah beliau.-MYKMU.NET


5 thoughts on “Jika BR1M Rasuah, Air Percuma dan Subsidi Macam Mana?

  • December 26, 2016 at 3:15 pm
    Permalink

    Bukan setakat subsidi baja. Subsidi petrol lah BAPA BAGI SEGALA JENIS RASUAH DI MALAYSIA.

    Reply
  • December 26, 2016 at 10:06 pm
    Permalink

    Bukan hanya sekarang malah dari mula lagi M dakwa BRIM satu amalan yang tidak baik dan pemberian itu boleh dotafsirkan sebagai merasuah rakyat.

    Sebab nya ialah satu saja, Ye ini BRIM itu terlalu baik. BRIM tak ada dizaman dia dan apa yang baik yang tak ada dizaman dia seharusnya tak ada sekarang

    Itu saja.

    Reply
  • December 27, 2016 at 11:43 pm
    Permalink

    Kalau BR1M itu rasuah,maka air percuma & subsidi-subsidi lainpun dianggap rasuah kerana cuba memikat rakyat supaya mengundi pemimpin & kerajaan yang tersedia ada kini…yang tak rasuah jika semua program bantuan rakyat yang diberi oleh Mahathir & The Bad Guys Gang jika mereka berkuasa nanti. Tafsiran boleh berubah mengikut nafsu busuk sesuatu kelompok berkuasa……teks suci wahyupun boleh diubah ikut suka mereka…..apa yang penting kuasa di dalam genggaman adalah segala-galanya. Kuasa memaksa rakyat mengganggap sang Pemimpin Suprema sebagai TUHAN pernah berlaku pada zaman purbakala. Para Firaun di era Mesir Purba & Kaisar dalam zaman keagongan Emperor Roma pernah menanggapi mereka ituTUHAN……..!!!!!

    Kuasa adalah untuk mendapatkan hegemoni Politik & Wang,,,,,Politik & Wangpun adalah Kuasa juga……pandai-pandailah kita mencari solusinya,,,,!!!!

    Reply
  • December 28, 2016 at 4:32 pm
    Permalink

    Otak madey tua kerala dah letak dikepala lutut dia, dalam otaknya sekarang adalah anaknya, kroni dan isterinya.

    Reply
  • December 28, 2016 at 4:37 pm
    Permalink

    Mahathir perlu bertaubat ! cukup-cukuplah berlakon menjadi baik dan menuduh orang lain jahat. Tidak puaskah Mahathir dengan segala harta dan kekuasan yang dia miliki hingga ingin memusnahkan Malaysia ?

    Mukhriz bukannya boleh menjadi pemimpin untuk rakyat, jiwanya dah sebati dengan dunia korparat dan lifestyle barat. Jangan dipaksa anak itu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *