“Azmin Ali, Jangan Lupa Robohkan Juga Premis Haram Yang Lain Dengan Pantas”

Share


Nampaknya, demonstrasi bertuala oleh Jamal Yunos, bukan sahaja menarik perhatian media dan artis, ia telah menyebabkan tindakan drastik diambil oleh kerajaan negeri ke atas premis perniagaan milik Jamal iaitu Sekinchan Resort.

Di sebalik kecaman dan sindiran, kita perlu akui bahawa peristiwa kelmarin telah memberi tamparan yang hebat kepada kerajaan negeri, jika dilihat dari tindakan balas serta merta yang diambil ke atas Sekinchan Resort.

Ingin penulis jelaskan, bahawa penulis tidak menentang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), jika didapati memang wujud kesalahan dan tidak mengikut peraturan. Undang-undang, bukan kira siapa.

Persoalan, kenapa tindakan diambil secara tiba-tiba? Kenapa selepas aksi Jamal di pintu masuk SUK? Suka atau tidak, kerajaan negeri tidak boleh lari dari menjawab persoalan tentang wujudnya unsur “victimization”, atau menjadikan seseorang itu mangsa balas dendam.

Sekali lagi, kita tidak mahu menghalang kerja dan tanggungjawab PBT di Selangor. Oleh yang demikian, sokongan tindakan yang diambil ke atas Sekinchan Resort tidak berbelah bahagi. Jika PBT mampu mengeluarkan notis di waktu pagi dan tindakan di sebelah petang, rakyat Selangor juga memohon konsistensi yang sama dalam hal-hal yang berkaitan.

Berapa banyak pula ladang ternakan babi haram? Rumah-rumah urut pula bagaimana? Berapa banyak kuil haram di Selangor?

Kalau ikut konsistensi, seminggu sahaja sudah boleh selesaikan premis-premis haram ini samada dengan menyita atau merobohkan; sama modus operandinya seperti yang berlaku di Sekinchan Resort. Rakyat pasti gembira dengan tindakan pantas kerajaan negeri kebajikan ini.



One thought on ““Azmin Ali, Jangan Lupa Robohkan Juga Premis Haram Yang Lain Dengan Pantas”

  • December 23, 2016 at 4:44 pm
    Permalink

    mesej apa agaknya yg mahu disampaikan oleh MB dan pentadbiran di selangor ini kepada rakyat selangor. “kamu banyak komplen, kamu terima akibatnya”.
    corak pemerintahan dr korea utara kah yg dicontohi!?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *