Jadilah Penoreh Yang Sabar, Syukur Dan Yakin Pada Rezeki Allah…

Share


Penulis yakin bahawa ramai di kalangan para penoreh di negara kita sedang menarik nafas lega ekoran dari kenaikan harga getah skrap yang melonjak hingga ke paras RM4.80 sekilogram sekarang. Bagi mereka yang rajin, hasil getah mereka mungkin mencecah lebih RM7 sekilogram.

Mungkin ramai di kalangan penoreh di negara kita yang sanggup bangun awal untuk memotong setiap hari. Malah mungkin ada yang sanggup meluangkan masa hingga ke petang di kebun getah berbanding hingga jam 10 pagi – 11 pagi sahaja sebelum ini.

Penulis tidak pasti apa dalam kotak pemikiran mereka. Namun apa yang pasti, Allah SWT telah membuka pintu rezeki bagi para penoreh pada Disember ini. Tahniah penulis ucapkan kepada warga penoreh di seluruh negara.

Pada pandangan penulis, alangkah baiknya jika dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki kali ini, bukan? Bagai difirman dalam Al-Quran, mereka yang mensyukuri nikmat Allah itu pasti akan ditambah lagi nikmat di kemudian hari.

Penulis masih ingat lagi betapa marahnya segelintir penoreh di suatu kawasan di utara tanahair terhadap Kerajaan. Kononnya kerajaan ‘zalim’ kerana tidak menaikkan harga getah. Kononnya mereka hidup susah dan tertekan gara-gara kezaliman kerajaan.

Penulis faham keadaan mereka ketika itu. Mereka tertekan dengan harga getah yang merudum jatuh dibawah RM2.50 sekilogram. Bagi mereka yang menoreh di kebun orang, sudah tentu lebih tertekan apabila hasilnya dibahagi dua.

Namun di kala itu, meskipun kerajaan dikecam dan dituduh ‘zalim’, Allah SWT masih memberi ilham kepada kerajaan ‘zalim’ itu untuk memberikan bantuan dan insentif kepada para penoreh dan pekebun kecil yang terjejas gara-gara harga getah yang jatuh.

Ramai juga di kalangan mereka yang menerima bantuan dari kerajaan ‘zalim’ itu. Sedikit sebanyak, dapatlah ia meringankan beban yang ditanggung. Walau ada yang enggan berterima kasih pada kerajaan atas bantuan dan insentif yang diberi, sekurang-kurangnya ramai yang lega.

Sesungguhnya harga getah sudah beberapa kali ditekankan tentang turun naik komoditi itu adalah bergantung pada harga getah di pasaran dunia. Sudah berbuih mulut dijelaskan kerajaan tidak dapat mengawal harga getah, namun kerajaan tetap dipersalahkan setiap kali harga getah merudum.

Selalunya, ketika harga getah jatuh, maka adalah pihak tertentu yang menghasut penoreh untuk menyalahkan kerajaan. Jangan terkejut, ada di kalangan mereka yang tergamak mengadakan demonstrasi dalam kebun getah memprotes kerajaan!

Kita tidak salahkan segelintir penoreh yang terpengaruh dengan sentimen politik itu sepenuhnya. Namun apa yang dikesalkan ialah tindakan ‘penghasut-penghasut politik’ yang memperbodohkan segelintir penoreh itu. Dimomokkan dengan harga lantai dan siling, sembangnya besar bagai pakar ekonomi dunia…

Tidak mengapalah. Yang lepas, kita biarkan berlalu. Nikmatilah rezeki dari Allah kali ini. Mungkin hasil kesabaran dan doa para penoreh yang beriman kepada Allah telah dimakbulkan, khususnya menjelang awal tahun persekolahan tahun depan. Alhamdulillah…

Kepada mereka yang pernah diperbodohkan dan termakan hasutan sebelum ini, maka jadikanlah kenaikan harga getah kali ini sebagai iktibar. Tidak perlu puji kerajaan kerana selama ini memang naik turun harga getah melibatkan harga pasaran antarabangsa.

Cuma, bukalah mata dan ‘celiklah’ seluas mungkin. Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, bukan dari makhluk. Jika sabar, bersyukur dan berdoa padaNya, maka insyaAllah akan dibuka pintu rezeki itu kepada para penoreh.

Dengan kuasaNya sebagai Maha Pemberi Rezeki, Allah SWT akan memberi rezeki sama ada melalui kenaikan harga pasaran getah dunia, atau dikurniakan sebuah kerajaan yang prihatin pada golongan marhain yang bernama Barisan Nasional yang membantu meringankan beban melalui pelbagai bantuan dan insentif ketika harga getah merudum.

Pokok pangkalnya ialah bersabar, bersyukur, berusaha dan berdoa kepada Allah SWT…



2 thoughts on “Jadilah Penoreh Yang Sabar, Syukur Dan Yakin Pada Rezeki Allah…

  • December 22, 2016 at 11:41 am
    Permalink

    Sudah tiba masa nya syarikat felda yg ada ladang getah buatlah syarikat paip getah Dan sorong tangan getah dia sendiri, Jadi bila jatuh harga getah ada pendapatan syarikat mereka dan boleh mereka menbayar elaun pada pekebun kecil itu

    Reply
  • December 22, 2016 at 5:27 pm
    Permalink

    tak mustahil ada penoreh getah yang percaya kalau si penghasut seperti mahfuz omar kata atas sebab desakan dia & pembangkang maka kerajaan & pasaran getah dunia terpaksa menaikkan harga getah…kalau musibat anak haram mahfuz omar kata harga getah naik sebab nak pilihan raya pun akan ada penoreh getah yang percaya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *