Bergabung? Asal Muasal Pun Sebab Kecewa Dan Pangkat

Share


Tersenyum sinis tatkala membaca kenyataan dari Naib Ketua AMK, Afif Bahardin, yang menyatakan persamaan nilai antara PAN dan PKR memang wujud. Terima kasih, sekurang-kurang kini rakyat tahu bahawa antara PAN dan PKR, tidak jauh beza.

Bagi penulis, tentunya salah satu persamaan nilai yang paling utama ialah kedua-dua parti lahir dari kekecewaan akibat gagal menguasai tampuk kepimpinan parti yang terdahulu dianggotai oleh mereka. Sedang PKR lahir akibat tindakan Mahathir memecat Anwar, PAN pula lahir setelah barisan pro DAP nya berjaya “ditalqin”kan oleh pro ulamak PAS di muktamar mereka.

Nilai kebersamaan yang kedua, masing-masing sudah mengecapi kedudukan sebagai orang nombor dua di dalam parti, sebelum ditunjukkan jalan keluar. Bukan sekadar ralat, malu sudah tentu bukan kepalang. Kekecewaan itulah yang menjadi motivasi mereka di parti baru untuk menumbangkan lawan masing-masing.

Liberalisme, sebelum ini sangat terkait dengan PKR, dan pemimpinnya dikecam masyarakat apabila dilihat condong menyokong gerakan-gerakan songsang seperti islam liberal, IFC dan LBGT. Apa bezanya pula dengan PAN, yang bersekutu dengan gerakan-gerakan tersebut di BERSIH?

Bagaimana mungkin untuk PAN menyertai PKR sedangkan pengaruh sedia ada pemimpin PKR sudah berakar umbi di kalangan ahli itu? Pasti, pemimpin PAN kelak akan berhadapan masalah, jangankan memimpin, dipilih memegang jawatan penting pun belum tentu.

Maka, tidak hairanlah jika demi jawatan dan kuasa yang pernah dan sedang dinikmati, PAN menolak cadangan PKR untuk bergabung. Jika benar demi perjuangan (kononnya), sudah tentu mereka akan sertai parti lain, berbanding melahirkan parti baru.



2 thoughts on “Bergabung? Asal Muasal Pun Sebab Kecewa Dan Pangkat

  • December 22, 2016 at 5:18 pm
    Permalink

    si afif ni jadi adun tak menyerlah apa pun tolong rakyat, apa yang menyerlah ialah menjadi satu2nya adun melayu umumkan rang undang2 ternak babi bagi pihak pemakan babi seperti sial lahanat guan eng…pasti si afif ni sama seperti mat sabu sudah tahu betapa sedap makan babi , babi betul ptuihhhh!!!

    Reply

Leave a Reply to Badrole Amin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *