Ayuh semua kita berusaha ingat akan Allah waktu senang mahupun susah.

Share


Oleh Kang Nasir

Islam kembali ASING bila mana semakin ramai umat islam yang menjauhi amalan2 islam dan sengaja enggan menjadikan islam sebagai amalan dengan sengaja mengikut amalan orang kafir beramal dengan hasad dengki iri hati serta fitnah, hasutan, caci, cela dan amalan-amalan keji yang dilarang dilaknat oleh Allah.

Ayuh semua, ibu2 bapak2 kita berusaha sentiasa ingat akan Allah diwaktu senang mahupun diwaktu susah. Dengan mengingati Allah sentiasa zikrullah jiwa kita tenang hati kita senang fikiran pun lapang.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Ar Ra’d: ayat 28)

Jika benar kita kata YA ingat pada Allah masa susah. Kita tak akan bersusah payah menyusahkan diri mencipta fitnah mencaci mencela sesama saudara dan mencaci mencela pemerintah yang enggan memuaskan nafsu serakah kalian. Sedang bila masa senang pula asyik ingat nak shoping nak holiday kat oversea walhal sendiri kata duit Malaysia tak laku disana dll.

Ingatlah Allah masa senang. Iaitu dgn beramal jariah agar kita mampu menjauhi hasad dengki kerana perkara keji itu adalah punca kita cari susah. Ingatlah Allah masa susah dgn berusaha pd perkara yg Allah redha kerana keredhaan Allah lah hati kita senang jiwa kita tenang fikiran kita pun lapang walau perut lapar tak makan.
#TASAWUF

Rasulullah saw bersabda;
“Ingatlah Allah ketika senang, maka Allah akan mengingat engkau ketika sulit.”
(HR. Hakim)

Ayuh semua, bapak2 ibu2 abang2 kakak2 kita berusaha pada perkara yang Allah redha semoga kehidupan kita diberkati dengan limpahan rahmat Nya. Walau sedikit tapi mencukupi daripada kita bersusah payah memfitnah mencela mencaci sengaja menjauhi rahmat Allah.

Doa Rasulullah saw,
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.”
(HR. Abu Dawud)
Aamiin.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *