“WOWWW.. ADUN PKR Perli Menteri Besar???”

Share


Sudah menjadi “makanan ruji” kepada Pakatan, politik harus tanpa sempadan, dan di dalam situasi ini, ia tidak berkecuali. Tatkala menghantar sang suami yang dikatakan bakal ke Jepun untuk mencari rezeki, ADUN Batu Tiga ini masih sempat untuk menitipkan status berbaur politik.

Apakah sengaja, atau dia terlupa bahawa dia adalah ahli dewan undangan negeri kepada satu negeri yang sangat berkembang maju di bawah pentadbiran Barisan Nasional dahulu. Untuk rekod, Selangor merupakan negeri tertinggi pelaburan langsung asing, sehinggalah segala-galanya sirna dan pudar setelah Pakatan menerajui pentadbiran negeri.

Mungkin dia jahil, atau malas mengambil tahu jumlah pelaburan yang dibawa masuk oleh kerajaan pusat berbanding jumlah pelaburan yang diperolehi secara langsung oleh agensi kerajaan negeri. Cuba tanyakan pula kepadanya, apa manfaatnya Selangor International Expo yang saban tahun dianjurkan oleh kerajaan negeri jika tidak mampu menarik pelabur untuk melabur?

Kalau lah Rodziah berakal, tentu dia tahu sememangnya sukar untuk menarik pelabur jika masalah bekalan air tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri. Kalaulah Rodziah mahu berfikir, di mana silapnya, dengan cuaca menerima hujan sepanjang tahun, kerajaan yang diwakilinya tidak mampu menguruskan antara sumber terpenting dalam perindustrian.

Atau mungkin Rodziah sebenarnya sedang “pukul anak sindir menantu”?  Bijak juga akal si Rodziah, mana mungkin secara terangan menabur pasir di periuk nasi sendiri kan?

Untuk pengetahuan Rodziah, kalaulah perdana menteri Jepun tidak mampu menguruskan krisis air di negara matahari terbit itu, sudah lama dia lakukan “harakiri”.



3 thoughts on ““WOWWW.. ADUN PKR Perli Menteri Besar???”

  • December 20, 2016 at 3:59 pm
    Permalink

    Biarla dia..mungkin itu hujah laki dia time dalam kelambu untuk sejukkan hati bini yang dah tua heh3

    Reply
  • December 21, 2016 at 11:34 am
    Permalink

    Alamak, itu je komen “bijaksana” dari seseorang yang bergelar ADUN?

    Reply

Leave a Reply to anakbochek Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *