“Ohhh… Harga Getah Naik Sebab Permintaan Pasaran..”

Share


Semaian kebencian terhadap pimpinan negara bukanlah perkara baru. Ia telah lama dipraktiskan oleh pembangkang. Suka atau tidak, kita perlu akui bahawa teknik itu berkesan, tidak sahaja menyebabkan sasaran dibenci, malah bonus utamanya ialah ia akan menyebabkan emosi mendahului akal.

Emosi yang mendahului, maka lupakan sahaja tentang rasional. Hanya ada yang pada mereka ialah kejumudan, serta kejahilan yang disengajakan.

Tercuit juga hati, membaca komentar-komentar negatif “pakar-pakar” di media sosial berkenaan projek MRT. Alasannya, mereka tiada kepentingan berikutan lokasi pembinaan yang hanya tertumpu di kawasan-kawasan trafik tinggi sahaja, dan tidak melalui kawasan kejiranan mereka. Dengan lantang, mereka berpendirian bahawa MRT itu tiada gunanya.

Luahan tersebut tidak salah, kerana sifat berkepentingan peribadi yang ada pada mereka. Anehnya, mereka tidak pula mengambil pendekatan yang sama ketika isu tambang ERL satu ketika dulu. Malah, memaki hamun kerajaan dengan biadap, seolah-oleh ERL itu adalah pengangkutan harian mereka. ETS juga tidak terkecuali.

Tidak cukup dengan itu, golongan ini juga lantang meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri Najib Razak berikutan harga getah yang semakin jatuh sebelum ini. Kini harga getah melambung, setelah lawatan Perdana Menteri ke China tempoh hari telah membuka pasaran eksport getah ke China.

“Harga getah naik sebab permintaan pasaran”, ucap mereka, sedangkan satu ketika mereka memaki hamun perdana menteri, tidak pula mahu berpegang kepada hukum pasaran.

Politik kebencian melahirkan masyarakat yang “otaknya terletak di lutut”. Diharapkan ia tidak diwarisi oleh anak cucu mereka. Molek juga dengan adanya KBAT, untung-untung generasi masa hadapan tidak mengikut jejak golongan yang jumud dan jahil dengan sengaja itu.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *