Adakah PAN Gerun Dengan Amaran PAS Jangan Ganggu Kelantan?

Share


SEJAK pembubaran Pakatan Rakyat ekoran sengketa yang tidak ada jalan penyelesaiannya diantara parti DAP dan PAS, rakyat Malaysia dihidangkan dengan serangan bertali arus terhadap PAS oleh PAN dan DAP sendiri.

PAN yang merupakan parti serpihan PAS telah dibentuk oleh DAP bagi mengantikan tempat PAS dengan wadah yang cukup jelas iaitu mengikut arahan DAP semata-mata dalam memperdayakan orang Melayu yang beragama Islam agar menyokong Pakatan Harapan.

Berdasarkan serangan bersilih ganti dari DAP dan PAN, parti PAS dapat menduga bahawa mereka akan menjadi sasaran sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) kelak.

Bagi memastikan PAN tidak berbuat demikian maka PAS memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon di kawasan yang DAP dan PKR bertanding menentang Barisan Nasional (BN) di seluruh negara sekali gus mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekiranya PAN mengacau Kelantan.

Dengan mengunakan Facebook sebagai medium, Ke­tua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari memuatnaik amaran tersebut selepas Presiden PAN, Mohamad Sabu memberi isyarat bahawa parti itu akan bertanding di Kelantan bagi mengalahkan BN.

Sebelum ini Ketua Pemuda PAN Sany Hamzan berkata bahawa PAN akan bertan­ding di mana sahaja Pas bertanding. Oleh itu, kenyataan Mohamad Sabu dilihat sebagai memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan.

Sekiranya PAN bertanding di Kelantan maka secara otomatik PAS akan meletakan calon di kawasan DAP dan PKR bertanding menentang Barisan Nasional. Perkara tersebut bakal mengundang pertandingan tiga penjuru di seluruh negara.

Ketika berucap di hadapan perwakilan pada Konvensyen PAN di Shah Alam, Selangor ahad lalu, Mat Sabu melontarkan keyakinan bahawa PAN mempunyai peluang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat Pas. Beliau yakin pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka menukar undi maka itu dilakukan secara beramai-ramai.

Bagi Barisan Nasional pula, mereka mengalu-alukan langkah PAS tersebut memandangkan PAN dilihat tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang disebabkan rakyat mula edar bahawa PAN sekadar boneka DAP yang dijadikan alat untuk memusnahkan PAS. Namun persoalannya, adakah PAN gerun dengan amaran PAS agar jangan ganggu Kelantan?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *