PAU2016: Perwakilan Yang Selfie, Kenapa Geng Hantu Raya Yang Panas?

Share


Nampaknya, geng-geng hantu raya memang tidak boleh “move on” lagi. Apa tidaknya, sudah masuk hari ke-empat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang setakat ini mempamerkan konsistensi khalayak seperti tahun-tahun sebelum, geng-geng hantu raya dilihat berterusan melakukan acara pamer “kerinduan” menerusi akaun media sosial mereka.

Dakwanya sudah hilang percaya, sudah letih, sudah bosan namun jika kita membaca tiap bait status mereka, ternyata mereka sebenarnya dilanda kemurungan yang teramat gara-gara tidak lagi berstatus “ahli UMNO” setelah memilih ketaksuban berbanding perjuangan.

Perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung tidak lepas dari menjadi bahan caci dan maki. Dari segi khalayak, dari segi ucapan pemimpin dan sebagainya, semuanya hendak diulas secara negatif.  Sebenarnya, apa kena mengena mereka yang sudah tidak lagi berstatus “ahli UMNO” dengan perhimpunan ini?

Benci, tidak suka, menyampah, antara luahan emosi bagi menceritakan tentang UMNO. Melucukan tatkala setiap hari menjaja kisah tentang bekas parti mereka, walhal mengaku telah lama meninggalkan UMNO.

Tinggi sungguh gangguan emosi yang mereka hadapi. Meroyankah? Gila talak kah?

Tanpa mereka sedari, kegelisahan yang dipamerkan sebenarnya sekadar mendedahkan sanubari mereka sendiri. Mungkin mereka merindui aksi gurau senda bersama rakan seperjuangan, rindu “berselfie” dan sebagainya. Almaklum, sudah sebati.

Bukan mudah untuk ditaksirkan bahagia dan damai ketika ini, sebagaimana yang pernah mereka kecapi bersama UMNO. Kisah persahabatan, perjuangan dan saling berbalah, mencipta rasa kerinduan yang mendalam apatah lagi ketika musim berlangsungnya perhimpunan agung UMNO seperti sekarang.

Sebak kita mengenang nasib mereka, dirantai dan digelangi rindu. Merapu tak sudah.

Kerinduan seperti ini lah yang menjadi bukti, betapa sekuat mana badai datang menghempas, UMNO terus kental dan mara, dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.



2 thoughts on “PAU2016: Perwakilan Yang Selfie, Kenapa Geng Hantu Raya Yang Panas?

  • December 2, 2016 at 11:53 pm
    Permalink

    mereka cemburu lah tu, nak adakan perhimpunan besar sebegibi dibawah PPBM tak mungkin akan terjadi walaupun anak mahathir super billionaire

    Reply
  • December 3, 2016 at 12:29 am
    Permalink

    bilamana mereka dah berambus dari umno , maka secara automatik mereka tidak layak utk bercakap pasal umno . bak kata budak2 skrg , move on . jgn jadi bodoh .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *