Ezam umpama langau dalam politik

Share


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor disifatkan sebagai langau kerana hanya tahu membuat bising tanpa diundang tapi tidaklah sehebat mana.

Langau juga sifatnya gemar menghurung bangkai dan kehadiran serangga pengotor ini juga akan menyebabkan kita berasa rimas dan terganggu terutama apabila sedang menikmati juadah.
Jika lalat menghurung najis, langau pula menghurung bangkai.

Begitulah Mohamad Ezam, di mana ada dedak di situlah dia akan hinggap dan duduk dengan diam tanpa pedulikan manusia di sekelilingnya.

Apabila dedak habis dimakan, beliau akan kembali menunjukkan belangnya.

Beliau keluar daripada UMNO pada tahun 1998 untuk menyertai PKR dan keluar daripada parti itu pada tahun 2007 untuk menyertai UMNOsemula sebelum sekali lagi keluar pada 2016, dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Tindakan Mohamd Ezam melompat parti itu tidak ubah seperti katak.

Ketika dalam UMNO dan diberi jawatan tinggi, apa yang beliau lakukan selain selesa duduk di kerusi empok sehi ngga lupa enam kotak yang kononnya mengandungi dokumen rahsia melibatkan rasuah pemimpin utama kerajaan.
Selepas keluar daripada UMNO, barulah sibuk hendak membanteras rasuah dan sebagainya. Ketika dalam UMNO, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2010 dan kemudian dilantik pula sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014.

Di mana suara beliau ketika itu dalam membanteras rasuah?

Kini beliau bertindak pula sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform, dan tindakan pertamanya adalah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar membuka semula siasatan berhubung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Selepas tinggalkan UMNO, Mohamad Ezam dalam satu kenyataan berkata beliau keluar dari parti kerana kecewa dengan langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menitikberatkan perjuangan membanteras rasuah, sedangkan beliau dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati perdana menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Jadi sepanjang menjadi anggota jawatankuasa itu, apakah jasa yang beliau lakukan untuk membasmi rasuah di negara ini?
Realiti
yang perlu difahami ialah, UMNO dan Barisan Nasional tidak memerlukan individu bernama Mohamad Ezam ini kerana beliau sendiri adalah manusia hipokrit yang tiada intergriti yang hanya memperjuangkan kepentingan sendiri.
Ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berjalan, beliau sekali lagi membuat kenyataan yang mengaitkan Pergerakan Pemuda UMNO dengan seorang pemuda Cina bernama Jho Low semata-mata untuk mempertahankan mentornya, Tun Dr Mahathir yang dianggap pengkhianat bangsa.

Beliau kemudiannya menyerang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan mempertikaikan kelulusan Oxfordnya sedangkan Mohamad Ezam sendiri perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum memperlekehkan kelulusan orang lain.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda UMNO
Pengerusi Biro HELP
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *