Adilkah Maria Chin Ditahan Bawah SOSMA, Jamal Hanya Direman 4 Hari

DALAM beberapa hari ini, kita bakal melihat adengan menuntut “keadilan” yang bakal dilakonkan oleh pembangkang yang diketuai DAP atas penahanan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act  (SOSMA).

Ironinya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir akan turut bersama “menuntut keadilan” tersebut walaupun sepenjang pemerintahan beliau, ramai pemimpin pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang boleh menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara.

Pihak pembangkang yang diketuai DAP sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang berbentuk provokasi berkenaan penahanan Maria Chin tersebut.



Tambahan pula Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Jamal ditahan reman bagi membantu siasatan insiden kekecohan di Ampang Point pada 13 Nov lepas mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun Keseksaan.

Berlainan pula dengan Maria Chin yang ditahan dibawah SOSMA selama 28 hari. Kesalahan beliau sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

Bak kata pepatah, “Berani buat, Berani tanggung”. Selama ini Maria Chin bersama pembangkang pimpinan DAP telah bermaharajalela menyusahkan rakyat dan negara dengan menganjurkan beberapa siri perhimpunan haram Bersih.

Namun pembongkaran telah dibuat pada 31 Oktober dimana media mendedahkan nama beberapa persatuan, portal berita dan NGO menerima dana OSF yang dinaungi spekulator mata wang, George Soros. Laporan itu dibuat berdasarkan kepada pendedahan DC Leaks.

Ianya mendedahkan kaitan diantara Bersih dan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Maria Chin mengambil pendirian tidak mahu memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF), milik George Soros kepada polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman.

Semua perkara tersebut dilihat menyumbang kepada penahanan beliau di bawah SOSMA.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan kewajaran penahanan Maria Chin, mari kita lihat penjelasan yang dibuat oleh DR Mohd Puad Zarkashi.

1. Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh “sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia” yang bertujuan:-

I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.

4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu perkara 4(3) yang menyebut, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik”?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau
aktiviti politik” ertinya “penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu.”

8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga, kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan sekali.

DR MOHD PUAD ZARKASHI
MT UMNO Bersih 5 Buktikan

8 thoughts on “Adilkah Maria Chin Ditahan Bawah SOSMA, Jamal Hanya Direman 4 Hari

  • November 22, 2016 at 11:47 PM
    Permalink

    Semua cerdik pandai yang terbabit dalam demo BERSIH mahir dalam perundangan kerana mereka adalah peguam profesional…tetapi oleh kerana desakan politik mereka sanggup bersikap hipokrasi. Misi & visi mereka cuma satu: Hendak menjatuhkan supremasi melayu di negara ini dan menaikkan kefahaman rasis kecinaan yang dibawa oleh para politikus DAP.

    Awas wahai kaum melayu….Melayu Takkan Hilang Di Dunia…..!!!!

    Reply
  • November 23, 2016 at 2:12 AM
    Permalink

    kesultanan melayu ada lah pertahanan akhir orang melayu..runtuh sistem ini runtuhlah melayu!
    kita bukan mempetahankan raja tapi kita pertahankan sistem raja.
    hang tuah seorang yg bijak, dia bukan mempertahankan raja, tapi dia mempertahan sistem raja
    kalu org melayu ada sifat mcm hang tuah barulah betul kalam hang tuah’ takkan melayu hilang didunia’
    ‘taat pd Allah,taat pd rasul, taat pd amir’

    Reply
  • November 23, 2016 at 2:40 AM
    Permalink

    Ok lah tu, yang penting ialah keadilan terlaksana. Pada pendapat saya Maria patut dituduh atas kesalahan isytihar perang ke atas YDP Agong (cuba menggulingkan kerajaan YDP Agong, yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat), macam lanun Sulu kat Lahad Datu hari tu. Soros mana? Elok tangkap Zionis Harbi tu sekali.

    Reply
  • November 23, 2016 at 8:05 AM
    Permalink

    Tidak adil Maria di dakwa atas SOSMA, sepatutnya dia di sula lubang puki dia, ini baru adil.

    Reply
  • November 23, 2016 at 9:59 AM
    Permalink

    Pedulikan semua ni. Biorkan dia lepak kat dalam lama sikit. Manusia macam ni tak akan insaf walaupun dikurung 10 tahun.

    Reply
  • November 23, 2016 at 12:13 PM
    Permalink

    komen aku simple je..

    Duit dah masyukkk…walau apa terjadi mesti kena buat perhimpunan bersih punya..

    Reply
  • November 26, 2016 at 2:42 PM
    Permalink

    Setakat dapat upahan RM50.00 perkepala apalah besar nilainya jika dibandingkan nyawa yang dipertaruhkan….? Semua peserta yang terbabit adalah manusia yang bangang tak mampu berfikir secara waras. Mereka adalah manusia pandir,nyanyuk,bebal & ghairah menyorak seperti Pak Kadok dah kehilangan rumah akibat diberbodohkan oleh orang lain. Sebilangan besar mereka adalah penagih dadah yang sedang lalok.

    Inilah senario realiti anak-anak melayu yang sudah hilang marwah diri sanggup menggadai negara & bangsa demi wang & materi yang nilai tidak seberapa…..!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.