Malaysiakini Akui Kepada Mahkamah Mereka Manipulasi Berita

Gambar oleh NST
Gambar oleh NST
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Malaysiakini.com mengakui bahawa laporan mereka mengenai kenyataan “go back to kampung” oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menggambarkan keseluruhan maksud dan menimbulkan tanggapan negatif.

Malaysiakini turut menyatakan penyesalan mereka kerana laporan yang dibuat telah “mislead” pembacanya dan menyebabkan Rahman dicemuh dan dicerca.

Saman tersebut berhubung penerbitan yang didakwa dibuat tanpa kebenaran Abdul Rahman yang ketika itu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah beliau mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung ekoran kenaikan kos sara hidup.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan merekodkan penghakiman persetujuan itu selepas Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dan Abdul Rahman bersetuju dengan pernyataan penjelasan yang dibuat oleh Steven melalui proses mediasi di kamar hakim di sini.

Peguam, K. Shanmuga mewakili Malaysiakini dan wartawan, Geraldine Tong manakala Abdul Rahman diwakili peguam, Datuk M. Reza Hassan.

Pada 13 Januari lalu, menteri berkenaan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Kota Belud, memfailkan saman itu dengan mendakwa artikel juga video itu diterbitkan tanpa kebenarannya tidak mencerminkan intipati asal.

Abdul Rahman selaku pihak plaintif mendakwa, pada 6 November 2015, pihak defendan secara semberono dan dengan niat jahat menerbitkan kenyataan fitnah yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk, Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt. – MYKMU.NET/UTUSAN ONLINE

6 thoughts on “Malaysiakini Akui Kepada Mahkamah Mereka Manipulasi Berita

  • November 29, 2016 at 1:20 pm
    Permalink

    Saman jangan tak saman! tapi mereka apa kisah, Soros boleh bayar maaa! itu belum campur derma kutipan dapigs, pejam mata jer. Lepas tu tulih lagi cerita palsu penuh persepsi, org bahalol jer yg percaya berita sampah Malaysiakini

    Reply
  • November 29, 2016 at 5:29 pm
    Permalink

    Itu semua jenis media yang hebat2 kerana mereka tahu orang akan suka benda yang berbunyi hebat. Orang seronok menonton cerita action pack berbanding dengan dokumentari.

    Tengok cerita Rambo, Rush Hour , TErminator dlln yang sewaktu dengan nya , penonton penoh panggong. Siapa yang suka dokumentari. Kenapa ? Kerana dokumentari filem yang mengesahkan hal yang benar , tidak di ubah atau diedit.

    Reply
  • November 29, 2016 at 6:27 pm
    Permalink

    Media elektronik di barat suka menghebohkan kehebatan depa sengaja nak membasuh otak kita supaya mengganggap negara barat semuanya hebat,kuat & canggih serba-serbi. Teknik dibuat untuk melemahkan jiwa kita supaya sentiasa berada dalam inferioriti kompleks…kita lemah orang lain kuat. Lantas mereka berjaya menawan jiwa kita yang sudah melemah……!!!!

    Reply
  • November 29, 2016 at 8:01 pm
    Permalink

    Secara umumnya, rakyat Malaysia suka dengan cerita-cerita sensasi. Lebih-lebih lagi yang ada unsur conspiracy theory. Sahih atau bohong perkara nombor dua. Penyakit ni lagi banyak kena pada penyokong dan pewaris pakatan retard. Dan nampaknya mereka berusaha bersungguh-sungguh agar lebih ramai rakyat dijangkiti penyakit ni.

    Reply
  • November 29, 2016 at 11:24 pm
    Permalink

    Kasi ajar akhbar pembangkang ini. Jangan terima maaf, kekesalan, penyesalan atau apa jua sekali pun rayuan mereka. Saman sampai mereka melingkup. Sambil itu pemimpin2 BN wajib ambil iktibar dan berhati2 apabila berbicara.

    Reply
  • November 30, 2016 at 12:53 pm
    Permalink

    THE DEVOURED SAVIOUR

    TERGOLEK LAGI!!! GILIRAN ABDUL RAHMAN DAHLAN PULA SELESAIKAN KES DENGAN MALAYSIAKINI DI LUAR MAHKAMAH!!!
    Itulah yang sering berlaku…
    Pemimpin-pemimpin UMNO tersangat baik hati, lemah lembut, sangat prihatin dan sangat mengambil mudah walaupun mereka difitnah, dimalukan dan ditohmah….

    Bingai – patut saman kau2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *