JAIS akui diarah jemput guru sekolah agama ke seminar pemikiran Anwar

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengakui menerima arahan supaya menjemput guru-guru di bawah seliaannya menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung di sini, Isnin ini.

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mewajibkan mereka untuk hadir.
Menurutnya, seminar berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang mengaitkan JAIS sebagai penganjur program tersebut boleh menjatuhkan kredibiliti JAIS selaku jabatan yang menguruskan hal ehwal agama Islam di Selangor memandangkan pihak yang terlibat tidak menyemak terlebih dahulu kesahihan berita sebelum melakukan kenyataan media.

“Pihak JAIS memohon kepada individu dan masyarakat di luar sana agar tidak memutarbelitkan keadaan tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau memberitahu, orang ramai boleh menghubungi JAIS bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu isu.
Berdasarkan kandungan surat JAIS bertarikh 21 November 2016, jabatan tersebut menjemput semua guru sekolah rendah agama (SRA) serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain di daerah Petaling dan Klang menghadiri seminar berkenaan yang bakal diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini pada Isnin ini antara 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak atas alasan JAIS sanggup menganjurkan program sedemikian yang seolah-olah cuba mengangkat martabat seorang individu yang sedang menjalani hukuman penjara kerana disabitkan dengan kesalahan meliwat. – UTUSAN ONLINE

anwar-ibrahim

2 thoughts on “JAIS akui diarah jemput guru sekolah agama ke seminar pemikiran Anwar

  • November 23, 2016 at 10:52 am
    Permalink

    Apa keperluannya mengkaji pemikiran si Anvar Avraham? Penting sgt ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *