Jamal dan Ambiga Antara Yang Akan Ditangkap?

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan tangkapan secara mengejut malam ini membabitkan dua pihak yang dijangka akan mencetuskan kekacauan di ibu kota negara esok. Sehingga jam 12 malam ini hampir 20 orang telah ditahan membabitkan kumpulan Kuning, Merah dan Hitam.

Antara yang ditangkap ialah Pengerusi Kuning (Bersih) Maria Chin Abdullah dibawah Kanun Keseksaan 124C atas tuduhan cuba mensabotaj demokrasi berparlimen di negara ini.

Pembantu beliau, Mandeep Singh pula ditahan di bawah Kanun Keseksaan 147 kerana mengaturkan “Rioting”. Turut ditangkap ialah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (Akta Hasutan 1948) Ronnie Liu (Kanun Keseksaan 153 – melakukan provokasi supaya berlaku huru-hara).

Aktivis Bersih turut ditahan ialah Luqman Nul Hakim Zul Razali, S Arutchelvan (Parti Sosialis Malaysia), Jimmy Wong (DAP), Lee Khai Ming (DAP), Anis Syafiqah (pelajar).

Setakat ini hanya seorang pemimpin kanan Merah Razali Zakaria telah ditahan di hadapan masjid negara tadi. Manakala seorang pemimpin gerakan Hitam, Ariffin Abu Bakar turut ditahan.

Bagaimanapun, pemimpin utama Merah, Dato Seri Mohd Jamal Yunos dan pemimpin Bersih S. Ambiga dijangka akan ditahan polis dalam masa terdekat.

Polis dijangka melakukan tangkapan secara besar-besaran esok berikutan keputusan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa beliau tidak meluluskan sebarang perhimpunan esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis telah menerima notis daripada Bersih 5.0 pada 28 Okt untuk membuat perhimpunan di Dataran Merdeka manakala GNGMM pada 1 Nov untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

“Kedua-dua notis kumpulan ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada tuan punya tanah/tapak di mana perhimpunan diadakan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Polis KL (Kuala Lumpur) telah menasihati dan mencadangkan kedua-dua kumpulan ini untuk menganjurkan perhimpunan mereka di tempat yang sesuai dan mendapat kebenaran daripada tuan punya seperti mana kehendak Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.”

5 thoughts on “Jamal dan Ambiga Antara Yang Akan Ditangkap?

  • November 19, 2016 at 12:33 am
    Permalink

    Nampak lebih tegas kali ini .. syabas PDRM.

    Disebalik ketegasan kita dpt rasakan bersih kali ini benar2 dpt memberi impak politik yg lbh besar kpd pembangkang. DiMsia kita tahu bhw setiap kali adanya gerakan yg benar2 boleh memberi ancaman barulah tindakan tegas akan diambil & jk sedikit2 itu maka amaran2 shj yg akan dikeluarkan.

    Namun inilah yg rata2 rakyat mahu iaitu ketegasan pihak berkuasa menggunakan segala undang2 yg ada bagi mengekang kemusnahan yg lbh besar. Kita benar2 berharap kali ini mrk tdk dpt “diselamatkan” lg sampai bila2.

    Reply
  • November 19, 2016 at 2:26 am
    Permalink

    Ah, apabila Dato Jamal bersuara,,baru pihak polis nak kuatkan kuasa

    Reply
  • November 19, 2016 at 2:48 am
    Permalink

    Nur syafiqah tu tunggulah hbs belajar barulah berpolitik ye dik…

    Reply
  • November 19, 2016 at 6:39 am
    Permalink

    Siapa kata polis tak benarkan Kuning & Merah ‘berentap’? Tapi ‘berentap’ dalam lokap kat Bukit Aman le…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *