Tarikh 19 Nov: Mahathir Cuci Tangan Lagi?

Share


memali_balingJangan hairan kalau kita mendapati diri kita dalam keadaan bingung, dek kata dan tingkah dari insan bernama Mahathir Mohamad.

Dulu dia penghulu, sekarang dia kaki temberang. Apa tidaknya, sedang pada 2 Oktober lalu beliau berkata akan hadir pada himpunan Bersih 5, tiba-tiba dalam satu temubual dengan stesen radio online Bangsar Utama, memberitahu beliau akan berada di luar negara pada 19 November atas alasan sudah lama merancangnya.

Setelah beriya-iya mengajak rakyat turun berdemo sambil mengenakan tshirt Bersih, akhirnya beliau memilih untuk “lari”. Mungkin juga ia sekadar gimik agar ramai yang merayu kepadanya untuk turun berdemo, mana kita tahu, kan? Almaklum, sambutan yang diterima dari pendemo sewaktu turun ke Bersih sebelum ini pun sangat dingin.

Entahkan suratan atau kebetulan, Mahathir sekali lagi memilih 19 November untuk “melarikan diri ke luar negara”. Pada 19 November 1985, terjadi satu tragedi yang tidak mungkin hilang dari lipatan sejarah negara. Seramai 14 orang terkorban, manakala berpuluh lagi cedera dalam peristiwa berdarah Memali.

Ketika kejadian, Mahathir dikhabarkan berada di China, sehinggalah didedahkan oleh Musa Hitam pada Mac 2014 bahawa bapa kepada Mukhriz itu sebenarnya berada di Kuala Lumpur!

Kali ini, alasan yang hampir sama digunakan. Perlu kita akui, ia adalah langkah yang bijak kerana tentu beliau tidak mahu dibabitkan sekiranya berlaku sesuatu nanti. Apatah lagi Kuning bakal berhadapan dengan Merah. Pasti tegang!

Cuci tangan barangkali?



6 thoughts on “Tarikh 19 Nov: Mahathir Cuci Tangan Lagi?

  • November 18, 2016 at 4:42 am
    Permalink

    Ca alif but, cabut! Bersih5 conform gagal, mana tak kawan tu malu nak tunjuk muka. Bersih5 kekurangan ‘resepi rahsia’ untuk berjaya, iaitu PAS. Madey tahu semua ini, sebab itulah dia setakat menghasut sambil menyarung t-shirt kuning, tapi 19 Nov pergi ‘melancong’ ke Sweden pula! Meninggalkan para macai semua terpinga2! Cerdik betul Madey ni….

    Reply
  • November 18, 2016 at 7:12 am
    Permalink

    Mahathir hanya beritahu dia diluar negara kalau dia ada dia serba salah kalau terlibat nanti jadi hal kena tanggung, rasanya dia ada tapi menyuruk sambil memantau dikaca TV sebab sebenarnya dia takut ke luar negara terutama US atas kenyataan menyelar Jewish.

    Reply
  • November 18, 2016 at 8:47 am
    Permalink

    aku tegok Di YouTube ucapan Menghasut M nie kesian sangat, susuk tuboh dah tinggal Kulit dan Tulang..xsedar diri ker dah Lanjut usia camtu masih nak berpolitik atas sebab Peribadi…kalau nak kata sebab Duit dan Harta..lima keturunan xkan Habis…..nak nasihat orang Tua ..entahlah apa akan jadi akhirnya dgn org Tua nie….

    Reply
  • November 18, 2016 at 1:55 pm
    Permalink

    penulis bersetuju bahasa penulis salah sokong kerajaan mahathir dulu?
    mcmn dgn keadaan skrg?penulis rs kerajaan skrg btul?

    Reply
  • November 18, 2016 at 1:57 pm
    Permalink

    penyokong umno termaauk aku,sedang meludah ke langit.tpalit kt diri sendiri.

    jgn syok sgt me ngutuk tun m sedang dulu korang semua sanjung beliau.

    pemimpin perlu dtegur…..Dan pemimpin mesti muhasabah diri br kekal lama

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *