Masihkah Ingat Bagaimana Polis Dipukul Ketika Demo Haram Bersih?

KITA  amat terkejut dengan kenyataan yang cukup hipokrit dari Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkenaan keselamatan anggota polis akan dipertaruhkan sekiranya Datuk Seri Jamal Yunos yang memimpin gerakan Baju Merah tidak ditangkap.

Masihkah anda ingat bagaimana peserta perhimpunan haram Bersih bertindak ganas memukul anggota polis serta menterbalikan kereta polis tersebut? Adakah perkara ini tidak dianggap ganas oleh Rafizi?

Ketika ini kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal masih lagi belum wujud namun keganasan terhadap polis telah berleluasa dilakukan oleh peserta Baju Kuning. Masihkah Rafizi mahu terus menyalahkan Baju Merah atas insiden tersebut?

Apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi hanya lah menakut-nakutkan anggota keselamatan agar Jamal ditangkap dan mereka dapat melakukan jenayah hasutan melalui demonstrasi haram jalanan secara bebas dan tanpa sekatan.

Atau adakah Rafizi “takut” pihak keselamatan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu dalam menangani perhimpunan haram Bersih dan Baju Merah.

Jika pakatan harapan pimpinan DAP tidak mempunyai keyakinan untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut maka mereka sepatutnya menarik diri. Jika mereka menarik diri maka secara automatik pasukan Baju Merah akan turut menarik diri memandangkan kumpulan tersebut hanya bertindak sedemikian atas dasar menentang perhimpunan haram Bersih semata-mata.

Tindakan parti PAS yang enggan menyertai Himpunan haram Bersih kali ini akan memberikan kesan yang agak berlainan daripada sebelum ini.

Pihak pakatan harapan yang diketuai DAP merasa sedikit gusar berkenaan jumlah kehadiran sehingga memaksa mereka mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk merayu agar penyokong beliau turut sama dalam perhimpunan tersebut. Namun Mahathir sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir atas alasan berada di luar negara.

Saksikan video di bawah untuk melihat sendiri bukti keganasan yang dicetuskan oleh peserta perhimpunan haram Bersih.

21 thoughts on “Masihkah Ingat Bagaimana Polis Dipukul Ketika Demo Haram Bersih?

  • November 17, 2016 at 5:00 pm
    Permalink

    Saya masih ingat..
    YANG PELIK TAPI BENAR ADALAH..
    tak seorang pun yang dalam video tu didakwa…
    SIAPA MEREKA BEGITU BERANI WALAUPUN ADA ORANG AMBIK GMBR DAN VIDEO???

    Reply
  • November 17, 2016 at 5:29 pm
    Permalink

    Orang tua M itu walau pun dia jenis manusia yang berlainan dari manusia lain, manusia yang tidak normal dan tidak berapa nak sedar diri , juga kurang ingat dosa dan pahala, barangkali tetiba rasa ngeri untuk hadhir.

    Barangkali terfikir dibenak tua dia bahawa dia memang sudah lanjut usia. Semua rakan2 dia yang sewaktu dengan dia sudah tak ada. Sudah pergi dijemput Pencipta.
    Maka dia terfikir masa untuk dia jadi jenazah boleh berlaku pada bila2 masa saja. Jadi dia takut kalau2 tarikh 19/11 itu menjadi tarikh akhir dia didunia dan habisnya pulak ditepi jalan waktu sertai demonstrasi.

    Penulis rasa begitu. Penulis juga berharap rasa sedar diri dan mula muhasabah diri benar2 berlaku pada diri M. Itu satu perkara yang terlalu perlu untuk M kerana ternyata dia ketiadaan rasa sebegitu.

    Reply
  • November 17, 2016 at 5:44 pm
    Permalink

    Bersih rally tetap akan berjalan. Kuning tetap turun dan merah juga tetap akan berada disitu. Itu yang kita nampak dan percaya akan berlaku .

    Apa cara kita mengukur kejayaan sesatu rally atau demonstrasi?. Yang jelas kejayaan bagi merah ialah jika mereka berjaya gagalkan kuning. Pada pihak kuning kejayaan mereka tentunya berbeza dari merah.

    Kejayaan kuning akan diukur berapa hebat nya clash akan berlaku, berapa banyak harta benda musnah, berapa banyak kereta polis rosak, berapa ramai orang yang cedera dan adakah yang mati ? Makin besar angka pada semua unit itu makin bersarlah kejayaan mereka pada ukuran mereka.

    Kerana apa ? Kerana demo mereka ialah untuk jatuhkan kerajaan, sama saperti arab spring, sama saperti yang pernah berlaku diThailand dan sama saperti Syria.

    Kerana cara Malaysia tukar kerajaan melalui PRU, belum pernah berlaku cara lain.

    Reply
  • November 17, 2016 at 7:02 pm
    Permalink

    memang baik punya komen utk pakcik makcik kampung dengan pakcik makcik Felda bulehla …
    orang sekarang bukan senang nak diperbodohkan oleh UMNO/BN..
    UMNO/BN jangan perasan awak tu kerajaan..
    tak ada UMNO/BN pun kerajaan tetap ada..
    UMNO/BN cuma Parti Pemerintah diperingkat persekutuan..
    UMNO/BN dapat kuasa melantik Perdana Menteri dengan menteri-menteri peringkat persekutuan sahaja..
    UMNO/BN kalau tak ada pun Kerajaan tetap ada..
    YDP Agung adalah ketua kerajaan..
    kalau ikut teori memang baik bolehkah selepas parlimen dibubarkan kerajaan dah tak ada???
    Kita bukan nak jatuhkan kerajaan…
    kita nak jatuh PARTI PEMERINTAH kerajaana persekutuan yang diketuai oleh Presiden UMNO/BN yang mencurik, membunuh dan menjual negara ini…
    MAKA…
    WAJIB BAGI DIRIKU DAN RAKYAT LAIN MENJATUHKAN ORANG DAN PARTI INI DARI MENJADI PEMERINTAH TANAH AIRKU..

    Reply
  • November 17, 2016 at 7:31 pm
    Permalink

    Kerajaan sekarang adalah kerajaan YDPA & dipilih secara demokrasi oleh MALAYsia. Sumpah dan taat setia rakyat takkan dimungkiri! Sesiapa yang cuba khianati kerajaan MALAYsia seumpama isytihar perang terhadap YDPA! Tahu apa hukumannya!??! Amaran telah diberi, jika berdegil tanggunglah risiko sendiri. Madey juga yang cerdik buah pelior, dia hasut lepas tu pergi makan angin kat luar negara. Kepada Macai2 semua, ingat, amaran telah diberi….

    Reply
  • November 17, 2016 at 8:06 pm
    Permalink

    Heloooo Azmi….jng x turun sabtu nie…jng pulak kor dok umah 5 pukol 1 drp. pagi sampai petang…ckp berdegah2..ada Bran turun laaa..aku tunggu tepi Trafik light antara Sogo dgn Pertama….

    Reply
  • November 17, 2016 at 8:30 pm
    Permalink

    Saya akan turun sabtu ni. Mudahan dapat jumpa Jamal Tongkol…:-)

    Reply
  • November 17, 2016 at 8:34 pm
    Permalink

    Insyakallah aku akan turun berhimpun sepertimana termaktub didlm Akta
    Perhimpunan Aman..
    Kita berhimpun bukan untuk membuat kecoh spt yg digambarkan..
    Kita berhimpun untuk menjatuhkan najib pencurik …

    Reply
  • November 17, 2016 at 8:46 pm
    Permalink

    Jika anda memang merupakan pengikut taksub, tak kira taksub pada warna apa pun, keluarlah untuk joint mereka. Harus diingat bahawa tak ada siapa pun boleh meramalkan apa yang bakal berlaku, samaada polis,menteri atau peserta sekali pun. Oleh itu anda dimintak bersedia atas apa saja kemungkinan mengikut keadaan semasa.

    Untuk penyesuaian sendiri jangan lupa pakai pampers dewasa. Kerana kemungkinan boleh berlaku dimana anda mungkin terkencing dalam seluar walau pun tidak terberak.

    Kecuali anda memang bersemangat kental, dilatih untuk keadaan begitu dan lagi elok jika anda mempunyai pengalaman dalam berdemo.

    Reply
  • November 17, 2016 at 8:47 pm
    Permalink

    19Nov nanti Jamal naik heli, mendarat kat depan rumah ‘Disneyland’ budak PKR si Adam tu. Lepas tu pekik, “Woi, ada berani ke!?”. Lepas tu baru naik Lambo pegi Dataran. Style looo….

    Reply
  • November 17, 2016 at 9:35 pm
    Permalink

    …azmi boleh blah balik china…

    Reply
  • November 17, 2016 at 9:50 pm
    Permalink

    saya akan turun sebab saya bosan dengan orang yang suka hati nak jatuh kan kerajaan yang di pilih secara demokrasi. saya bosan dgn orang yg memfitnah najib dan mengganggu segala kerja2 najib dan kerajaan utk bangun kan negara utk kesejahteraan rakyat. saya bosan dgn bershit yg dapat dana dari yahudi. melayu yg sokong bershit mmg antara yang paling bahalol dan tak berhak duduk dalam negara malaysia tercinta ini.

    Reply
  • November 17, 2016 at 10:05 pm
    Permalink

    Sian aku tengok si Jamal Yunus ni…
    dah macam-macam dia buat untuk tarikh perhatian Najib…
    bagi la apa yang dia hendak..
    Senator ke, projek ke…
    he he he..

    Reply
  • November 17, 2016 at 10:30 pm
    Permalink

    polis gagal membanteras lembu kuning.sbb itu wujud pula merah,hitam dan oren.senang jer.tiada lembu kuning tiadalah baju merah,oren dan hitam.

    Reply
  • November 17, 2016 at 11:12 pm
    Permalink

    Semua yang Najib atau Jamal buat adalah pengorbanan untuk negara & dan tak mengharap apa2 balasan. Mereka pejuang sejati, memerangi musuh MALAYsia seperti Bersih5 & Pakatan Haprak. Untuk agama, bangsa & negara….

    Reply
  • November 17, 2016 at 11:21 pm
    Permalink

    kalau himpunan merah lawak himpunan lembu kuning tu bangkai.busuk.najis.

    Reply
  • November 18, 2016 at 8:06 am
    Permalink

    MEReka bukan hendak jatuhkan kerajaan tapi hanya mahu hancorkan BN/UMNO. Apa punya jenis belit ini semua .

    ANwarIbrahim pernah fatwakan pada semua pencacai pengangkat najisnya… mula2 kita reka satu cerita, lepas itu wujudkan percepsi , selebihnya akan menjadi mudah kerana kerana rakyat akan percaya pada semua apa yang kita cakap . Maknanya rakyat akan percaya pada semua pembohongan mereka termasoklah mereka sendiri yang percaya bohong rekaan sendiri.

    Rakyat yang malas berfikir terhadap lojik dan munasabah saja yang akan percaya kerana otak yang diletak tersalah tempat. Azmi merupakan satu contoh haprak yang tak akan memberi menafaat pada manusia sejagat, bangsa mahu pun negara.

    Reply
  • November 18, 2016 at 10:55 am
    Permalink

    saya kata serupa bukit aman kalau sanggup terima padah jgn menyesal. kalau azmi ada mungkin kena buku lima, teranjang atau penampar jepun. cakap la apa2 saja kerajaan tetap memainkan peranan apa saja demi mengekang demo pro keganasan yang sepatutnya tidak wujud. terus azmi cakaplah kerajaan pencuri ka apa2 dan tidak akan berubah sebab 1/2 juta (itu pun kalau ada) yg turun belum tentu kerajaan jatuh melainkan boleh buat setiap kota2 besar disetiap negeri.
    sama2 kita saksikan mentelah lagi tukang cucuk pentakbiran Amerika sudah kalah harap2 terus kepenggal kedua bermakna lbh krg 9 tahun Malaysia aman tiada gangguan dari polis dunia.kalau diganggu pun tidak akan berubah apa2 cuma leceh melayani puak2 yang otak 3/4 sebiji azmi.

    Reply
  • November 18, 2016 at 2:00 pm
    Permalink

    Udah la azmi dgn hantu gaung nak jatuhkan kerajaan bn
    kat peti undi la bukan demo yang menyusahkan org awam
    Kalau nak gaduh pi ufc la kepada igp sekarang masanya
    anda perlu lebih bertegas!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *