Tweet Zaid Yang ‘PM crooked, AG crooked’ Bakal Makan Diri

Share


zaid-ibrahim

SIKAP keanak-anakan dan tidak matang pembangkang yang diketuai oleh DAP makin menjadi-jadi. Sekiranya keputusan mahkamah tersebut memihak kepada mereka maka mereka dengan angkuhnya mendabik dada kononnya mereka berada di pihak yang benar dan mahkamah memang adil.

Namun apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka maka bermacam-macam kata kejian dan nista yang mereka lemparkan walaupun ianya tidak berkaitan dengan pihak tersebut.

Baru-baru ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menulis di twitter beliau: “Nampaknya jika kamu seorang PM yang ‘crooked’, apa yang perlu kamu lakukan adalah melantik seorang AG yang ‘crooked’ dan mahkamah tidak akan campur tangan.”

Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengenakan pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan mahkamah tidak dapat campur tangan dalam perkara tersebut. Beliau selaku plaintif dinasihatkan mencari jalan lain. Malangnya Zaid mengulangi kata-kata yang sama terkandung dalam tweet beliau kepada para pemberita.

Susulan dari tindakan Zaid tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya beliau disiasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung tweet beliau tersebut. Memandangkan tweet Zaid itu berbaur hasutan dan mengelirukan rakyat maka sewajarnya lah beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Pembangkang yang diketuai oleh DAP dilihat mengitar semula isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun semua siasatan yang terperinci telah membuktikan bahawa 1MDB bersih dari semua tuduhan mereka.

Begitu juga dengan isu sumbangan derma RM2.6 bilion yang cuba digunakan oleh pembangkang pimpinan DAP untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebenarnya kita tahu bahawa pembangkang pimpinan DAP kini menemui jalan buntu dalam meneruskan agenda mereka memandangkan beberapa pemimpin kanan mereka tercalit dengan tuduhan jenayah dan salahlaku rasuah yang mungkin akan mengakibatkan mereka tidak dapat “beraksi” dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.



11 thoughts on “Tweet Zaid Yang ‘PM crooked, AG crooked’ Bakal Makan Diri

  • November 11, 2016 at 5:55 pm
    Permalink

    Hilarry dikatakan terlalu sedih setelah tewas dalam pertandingan yang baru berlalu. Dikatakan Hillary menangis sepanjang malam (berpadanan dgn sikap kewanitaan) kerana beliau terlalu berharap untu menang. Ramai pihak dan rakyat yang yakin begitu dan mengatakan begitu.

    Keseokan nya Hilarry saperti pihak lain menghantar ucapan tahniah kepada Trump dan meminta Trump meneruskan tugas memimpin negara. Ye itulah akhlak mereka. Diandai di negara kita. Tak payah di andaikan apa yang akan berlaku kerana kita tahu apa yang pihak yang tewas pertanbdingan akan lakukan dan ucapkan.

    Reply
  • November 11, 2016 at 6:11 pm
    Permalink

    Semua orang politik dinegara kita apabila mereka keluar dari kerajaan, samaada dipaksa keluar, ditolak keluar, dibuang keluar atau dilucut keluar mereka secara paksarela akan terus memihak pada pembangkang. Samaada masok kedalam kandang yang sedia ada atau buka kandang baru untuk duduk dan memekak dari situ.

    Itu proses yang lazim, Saperti lazimnya menghafal adjad a,b,c,d. Yang menarik nya mereka serta merta akan jadi bersih. Itulah kelaziman paling menarik. Mereka seolah2 sebaik saja keluar kerajaan terus terjun dalam kolam yang didalamnya penuh dengan bahan peluntur warna. Naik dari kolam jadi putih bersih seputih MIdin dan lain2 yang sewaktu dengan nya.

    Merasai diri putih seputih2nya mulalah mereka menyanyi lagu merdu yang skrip nya mudah sekali dihafal. Dan mereka akan ada audience yang bertepok/bersorak penuh taksub.

    Reply
  • November 11, 2016 at 6:45 pm
    Permalink

    Zahid kaya raya dari siapa dia dapat kerja, lawyer bagi GLC, kerajaan dan lelain..kacang lupakan kulit, nk mengata org, bersih ke diri kau tu, kau aku tahu frust pasal projek keluli besi ngan Korea, tk dapat blessing dari kerajaan, kerajaan tk approve, tu yg meroyan…alah ni semua pasal kejar harta dunia..

    Reply
  • November 11, 2016 at 9:51 pm
    Permalink

    Tkyah JD bdk2 la lyn tweet zaid Tu. Baik korang pk apa alasan nk bg sbb AG tolak bntuan MLA dr OAG swiss hahaha. Najib slalu ckp, brani krna bnr hhaahaha

    Reply
  • November 12, 2016 at 12:03 am
    Permalink

    Apa kena mengena dengan AG Swiss tu? MLA? Apa yang dia boleh bantu? Bantu fitnah? Conduct dia sebelum ni pun dah meragukan, lagi nak percaya orang macam tu? Takde apa maklumat yang AG Swiss boleh bagi pun! Takde kepentingan & takde kena mengena langsung!

    Reply
  • November 12, 2016 at 12:47 am
    Permalink

    IGP nak dapatkan penjelasan lanjut? Kurang cekap berbahasa Ingeris ke? Orang kampung pun tahu maksud tweet tu…nak aku translate kan?

    Reply
  • November 12, 2016 at 12:49 am
    Permalink

    Sapa yang terasa dia seorang PM yang “crooked”? 🙂

    Reply
  • November 12, 2016 at 7:59 pm
    Permalink

    Budak ITM yg lupa diri Zaid Ibrahim

    Reply
  • November 12, 2016 at 10:13 pm
    Permalink

    Habis, semua budak ITM kena jadi bebal kena sokong perbuatan rasuah dan pecah amanah 1MDB ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *