Pembungkus minyak masak bermasalah akan ditarik balik – KSU KPDNKK

Share


DENGKIL 10 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menarik balik lesen pembungkus minyak masak yang gagal membekalkan minyak masak di pasaran.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, tinjauan pihaknya di kilang-kilang penapisan mendapati bekalan adalah mencukupi untuk jangka masa yang panjang.

“Pengilang memaklumkan pihak pembungkus yang tidak mengambil stok di kilang dan ini mungkin berpunca dari faktor kewangan.

“Kita akan mengambil tindakan menarik balik lesen pembungkus jika mereka tidak mampu memenuhi kehendak pasaran dan melantik pembungkus yang lebih layak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai operasi pemeriksaan bekalan di kilang-kilang penapisan minyak masak di sekitar Selangor.-UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *