Kementerian, DBKL wujud portal sebagai rujukan bumiputera beli rumah

Share


Kerajaan terus komited membantu golongan bumiputera dan tidak berkemampuan memiliki hartanah di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini dibuktikan melalui inisiatif kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) mewujudkan sebuah portal bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berhubung unit-unit perumahan dan komersial di ibu negara.

Menurutnya, ini terutamanya melibatkan kuota bumiputera yang belum terjual.

“Melalui portal tersebut, mereka boleh melihat kediaman yang mampu dibeli khususnya Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dengan harga di bawah RM260,000 dengan keluasan 900 kaki persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Portal Kuota Bumiputera Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalannya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE



3 thoughts on “Kementerian, DBKL wujud portal sebagai rujukan bumiputera beli rumah

  • November 10, 2016 at 7:35 pm
    Permalink

    Lagi2 Buludin! Lagi2 Buludin! Buludin dah beli rumah? Kalau belum, cuba tanya LGE. Khabarnya dia nak jual banglo, siap bagi diskaun lagi! Bukan apa, tak lama dia nak pindah duduk ‘rumah’ kat Sg Buluh….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *