EAEG Gagal, Najib Razak Berjaya, Cemburu Kah?

Share


wee-ka-siong-najib-razakEast Asia Economic Group (EAEG), satu nama yang suatu ketika meniti bibir ahli ekonomi dan perniagaan di rantau Asia. Ianya satu usaha dalam membina blok esklusif dagangan bebas serantau di Asia Tenggara, dengan turut sama dianggotai oleh gergasi Asia ketika itu; China, Korea Selatan dan Jepun.

Tiga negara tersebut, diharap dapat menjadi barisan hadapan untuk meyakinkan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Blok esklusif ini, melalui idea Dr. Mahathir, dilihat cuba menyisihkan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah serta tidak ketinggalan Australia. Melalui ucapannya yang sangat agresif terhadap Barat, rupa-rupanya ia memberi kesan terhadap negara-negara di Asia Tenggara yang ketika itu perlu bergantung kepada Barat dari segi ekonomi, selain faktor politik yang sangat rumit. Tidak terkecuali Jepun, yang ketika itu sedang pesat membangun dan sedang menyesuaikan diri akibat dari kejatuhan Blok Timur dan perang dingin.

Oleh kerana EAEC gagal disepakati, ia tidak ubah ibarat satu jawatankuasa kecil, atau sekadar persidangan untuk membincangkan idea tersebut tanpa sebarang perjanjian perdagangan.

Melalui EAEG ini juga, tidak mustahil ia adalah sebahagian dari usaha keras Dr. Mahathir untuk membina hubungan yang baik dengan negara China. Bayangkan jika ianya terlaksana dan termaktub, maka pelaburan berbillion ringgit dari China baru-baru ini tentunya hasil jasa Dr. Mahathir, dan bukannya Najib Razak.

Ada motif untuk rasa cemburu atau tidak? Anda nilaikan.

Maka, benarlah cara Perdana Menteri Najib Razak, dalam usahanya untuk membina negara; cari kawan, bukan cari lawan. Hasilnya, China terus menjadi rakan pelaburan terbesar, selain hubungan dagang yang baik dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Tidak guna sering bergaduh, tiada guna sering bermusuh. Bak kata Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah dalam siri ceramah bertajuk “Menerobos Sempadan Diri”, untuk berjaya, kita perlu ramai rakan dan taulan.



4 thoughts on “EAEG Gagal, Najib Razak Berjaya, Cemburu Kah?

  • November 10, 2016 at 4:45 pm
    Permalink

    Apa dah jadi dengan cadangan keretapi dari Singapura ke Kuming, China yang satu ketika heboh diperkatakan. Mungkin OBOR sebagai gantinya.

    Reply
  • November 10, 2016 at 5:02 pm
    Permalink

    Ex-BSI banker trial: Singapore names Jho Low as person of interest in 1MDB-linked probe

    Hello mykmu dedakians,

    Dah baca??????

    Reply
    • March 24, 2017 at 8:49 am
      Permalink

      Dah baca berita dah basi badaruddin ‘siapa percaya lagi ix. Ix. Ix hanya di bayar dende orang yg kena itu orang singapore . biasanya denda hanya orang langgar pelaburan dan perjanjian. Kalau orang mencuri dah tentu dia masuk penjara ada faham tak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *