Adakah Laungan “Hungry For Success” Akan Dipolitikan

Share


BERDIRI salah, duduk pun salah. Semua yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan untuk kebaikan rakyat dan negara tetap salah di mata Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Perang psikologi yang mereka lancarkan ternyata memberi impak yang cukup buruk dan merosakan kesejahteraan negara. Perkara ini perlu jelas kepada kita semua. Pakatan Harapan pimpinan DAP hanya memusnahkan negara.

Kesungguhan dan iltizam Perdana Menteri untuk memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh pembangkang yang diketuai oleh DAP perlu diberi pujian. Gerak kerja yang ditunjukan oleh Najib memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak.

Baru-baru ini, Najib menasihati rakyat Malaysia agar meneladani semangat “dambakan kejayaan” rakyat China. Dalam apa juga suasana dan keadaan kita perlu fokus kepada “yang baik dijadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan”.

Beliau yang baru balik dari lawatan ke China berkata, populasi negara China yang tinggi menyebabkan rakyatnya perlu ada daya kesungguhan untuk berjaya.

“Saya baru balik daripada negara China dan bila saya tengok pada keadaan di sana, saya dapat buat kesimpulan bahawa negara China ada 1.3 billion manusia, kalau nak berjaya orang putih kata you must be hungry for success.

“Maknanya, kita mesti ‘lapar kejayaan’ ataupun kita mesti ada daya kesungguhan untuk berjaya.

“Tapi kalau kita rasa terlalu selesa dengan kedudukan, kalau kita terlalu easy going, di China kalau tak ada kesungguhan, dia akan tewas sebab 1.3 bilion manusia lahir (di sana),” kata Najib.

Penulis amat bersetuju dengan pandangan Najib. Sikap “hungry for success” akan membawa kita kepada kejayaan yang tidak pernah kita terfikirkan.

Namun persoalannya, adakah perkara ini turut akan dipolitikan oleh pembangkang pimpinan DAP? Jangan terkejut sekiranya mereka akan “memperolokan” seruan Najib tersebut hanya semata-mata untuk memberi gambaran yang buruk berkenaan kewibawaan Perdana Menteri kita.

Persepsi yang positif akan memberi keputusan yang baik manakala persepsi yang negatif akan memberi keputusan yang sebaliknya. Pilihan tetap ditangan individu untuk menentukan jalan hidup terbaik untuk kita layari.

Najib membuktikan bahawa lawatan beliau ke negara China merupakan satu kejayaan yang tidak mampu disangkal oleh pembangkang yang diketuai oleh DAP apabila Syarikat Malaysia dan China mencatatkan sejarah dengan permeteraian 14 perjanjian bernilai kira-kira RM144 bilion.

Jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dilakukan semasa lawatan rasmi beliau ke luar negara, dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah.

Perjanjian dan Memorandum Persefahaman tersebut terdiri daripada:

1. Perjanjian Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM)

2. Memorandum Perjanjian bagi Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan Projek Melaka Gateway (KAJ Development & Power China)

3. Perjanjian Dasar Induk antara Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Greenland Holdings Group Overseas Investment Company Limited bagi cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia

4. Perjanjian Dasar Induk antara Selat PD Sdn Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd

5.Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja antara Kerajaan Negeri Sarawak, Hebei Xinwuan Steel Group dan MCC Overseas Limited bagi cadangan Pembangunan Kilang Keluli di Sarawak

6.Memorandum Perjanjian antara KAJ Development Sdn Bhd, Power China, Shenzhen Yantian Port dan Rizhao Port bagi Kerjasama Perkongsian pembangunan Pelabuhan Melaka Gateway

7. Perjanjian Dasar Induk bagi Skim Kewangan Bandar Malaysia antara IWH CREC Sdn Bhd dan ICBC

8. Memorandum Persefahaman antara ECERDC dan Wuxi Suntech Power Co. Ltd bagi Pengeluaran Sel Solar Silikon Kristal dan Modul di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China

9. Memorandum Perjanjian antara BHS Industries Berhad dan China Nuclear Huaxing Construction Co. Ltd. bagi Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang, Malaysia

10. China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan oleh Menteri Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dengan modal berbayar awal US$200 juta, China Construction Bank akan dapat menyediakan pembiayaan bagi menyokong pembangunan prasarana Malaysia

11. Memorandum Persefahaman antara Yanming Resources Sdn Bhd dan Fuzhou Xin Zibu Culture Communication Co. Ltd bagi pertumbuhan dan pembangunan pasaran sarang burung di China

12. Memorandum Persefahaman antara MATRADE & Alibaba.com

13. Perjanjian Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan antara Royal Bird’s Nest, Walet Company-International Private Limited Company dan Peking University bagi penstandardan ekstrak sarang burung boleh dimakan dan bahan perubatan bagi penemuan ubatan farmaseutikal

14.Memorandum Persefahaman antara Aladdin Group Sdn Bhd & Suzhou Lian Cheng Yihao Information Technology Co. Ltd



8 thoughts on “Adakah Laungan “Hungry For Success” Akan Dipolitikan

  • November 10, 2016 at 6:13 pm
    Permalink

    Ex-BSI banker trial: Singapore names Jho Low as person of interest in 1MDB-linked probe

    Reply
  • November 10, 2016 at 7:17 pm
    Permalink

    Ada lagi Buludin ni. Lama tak nampak pi mana? Oh, lupa pula, Buludin pi Singapore ye! Teruskan melapor ya Buludin! Bak kata Najib, Buludin mesti ada iltizam ‘hunger for success’. Faham ke tak? Kalau tak faham, mesti dulu sekolah SJKC Hulu, kan?

    Reply
  • November 10, 2016 at 7:22 pm
    Permalink

    Still in denial mode???…..keep it up …..hahaha

    Reply
  • November 11, 2016 at 12:48 am
    Permalink

    Bad jolo ke joko ke tak merompak mcm kroni tun m. Semua syrkt konsesi pam duit mcm air. Lepas tu duit milik kjaan mcm harta peninggalan tuk nenek kerala tun m. Tanggung projek kroni.. Bail out sana sini. Itu pasal zmn che det bnyk hutang gdp lebih 100%.

    Jgn lupa itu hari masa lawatan pm najib ke china bukan main kutuk kono malaysia nk jd komunis la apa la konon pro usa sgtlah lol. La ni bila pm najib ucap tahniah pd presiden baru usa dah tuduh pro yahudi. Inilah mental bangang pembangkang. Kalau reply kita pun jd bangang sbb skrg ni kita takda hubungan dgn israel je. Yg lain semua ok.

    Reply
  • November 11, 2016 at 1:00 pm
    Permalink

    Apekebenda nak kaitkan jho lo dgn 1mdb jho lo ada utang dgn 1mdb ka? Itu antara jho lo dengan singapore bukan dengan 1mdb buluddin oiii Moron!

    Reply
  • November 11, 2016 at 2:52 pm
    Permalink

    Inderasakti,

    Unless your IQ is that of a kindy boy, can you not accept the fact that the money is from 1MDB and SRC. This is openly admitted in COURT IN SINGAPORE….Nak deny lagi???

    Melayu memang rendah IQ

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *