Aku Janji Barisan Nasional: 80% Sudah Dilaksanakan

Share


barisan-nasionalJika mahu diambil kira dengan konsistensi membangunkan negara, pencapaian kerajaan Barisan Nasional selaku “the ruling party” tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Menurut Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, prestasi sehingga 30 September 2016 menunjukkan kerajaan Barisan Nasional telah mencapai 80% dari apa yang dijanjikan pada PRU13 yang lalu dengan jumlah sebanyak 4,172 projek bernilai RM62.87 billion telah berjaya disiapkan, manakala 19% iaitu bersamaan dengan 1,011 projek dengan nilai RM243.32 billion masih dalam perlaksanaan.

Hanya tinggal 1% sahaja (55 projek dengan nilai RM12.21 billion) masih di dalam peringkat pra-perlaksanaan.

Dari Dasar Ekonomi Baru, sehingga Program Transformasi Negara yang sedang giat dijalankan, matlamat untuk memakmurkan dan mensejahterakan rakyat adalah intipati utama di samping memastikan negara terus kekal berdaya saing dari segi ekonomi.

Statistik ini adalah antara bukti yang ada, selain dari pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diperolehi oleh negara kita dalam konteks pembangunan dan kecekapan urustadbir negara.

Hal ini cukup berbeza dengan cara pembangkang yang sering memburuk-buruk negara terutamanya di luar negara. Sedang kerajaan Barisan Nasional yang diberi amanah berhempas pulas untuk membina negara bangsa, pembangkang sedikit pun tidak terpanggil untuk bertanggunggjawab mensejahterakan negara.

Mungkin benar kata Rafizi Ramli, bahawa sudah menjadi tugas pembangkang untuk menghasut rakyat semata. Maka, tidak hairanlah jika pembangkang di negara ini tergolong di dalam golongan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Lihat sahaja di Selangor, negeri “maju” tetapi terpalit dengan pelbagai masalah ketidakcekapan urustadbir oleh kerajaan negeri. Dari soal sampah, jalanraya sehinggalah masalah bekalan air bersih, segalanya tampak tidak berpenghujung dek kerana sifat dan tabiat kerajaan negeri yang lebih gemar berpolitik, berbanding fokus untuk mensejahterakan rakyat.

Itu pun masih mengaku sebagai negeri berkebajikan. Tak malu.



13 thoughts on “Aku Janji Barisan Nasional: 80% Sudah Dilaksanakan

  • November 3, 2016 at 2:29 pm
    Permalink

    Jadi apa hasilnya? Pendapatan negara dan rakyat bertambah? Ringgit dan pasaran saham semakin kukuh? Harga minyak jatuh? Minyak masak jatuh? Barang2 semua jatuh?

    Reply
  • November 3, 2016 at 3:17 pm
    Permalink

    Sdr System Baru, dijemput tak jadi hal.Yang jadi hal sapa yang bayar. Banyak lagi anak-anak dia dan anak Rosmah, Reza Aziz yang bermasalah apa hal. Kut Riza Aziz nak cari perlindungan dari DOJ dkt Cina kut…

    Reply
  • November 3, 2016 at 3:18 pm
    Permalink

    Biasiswa bertambah ke? Subsidi naik ke? Harga telur ayam kampung turun ke?

    Reply
  • November 3, 2016 at 5:37 pm
    Permalink

    Sian sungguh ngan hantu, masih tak reti2 menilai pembangunan & kemajuan sesebuah negara. Jatuh bangun negara hanya dilihat dari turun naik harga…? Hahaha…. hahaha…. hahaha… Mintak tlng netizen2 repost kat sini jika ada posting dr hantu yg mengiktiraf ‘kemajuan’ malaysia semasa kejatuhan harga minyak di pasaran.Lama dh tgk hantu ni, sian sgt. Kemajuan ekonomi itu dilihat dari kemampuan, bukan dari harga barang… dulu bape percent mampu beli rumah? Beli gajet? Makan memilih? Sekolah swasta? Hospital swasta? Traveling merata? Mcm2 lg sudut kemampuan yg boleh dilihat… tp sian kat hantu ni, kemajuan dia adalah kejatuhan harga… mesti dia kata indonesia jauh lebih maju dr malaysia sbb harga rumah sana jauh lebih murah… walaupun tak ramai rakyatnya yg mampu miliki rumah. Bravo hantu bravo!! Dh sekian lama kat sini pun masih tak cerdik2 lg, bukan sebarangan org bleh bertahan…

    Reply
  • November 3, 2016 at 6:24 pm
    Permalink

    Setelah seekor katak keluar dari bawah tempurung lalu melompat, tuk,tuk,tuk hingga keluar kawasan, katak itu akan nampak sesuatu ynag berbeza dikawasan yang baru dia masoki berbanding ditempat dia sendiri.

    Contoh, jika katak itu melompat sampai ke Thailand, Vietnam, Indonesia atau Singapore, katak itu akan dapati betapa tingginya harga mintak petrol, diesel, minyak masak dan lain2 barang keperluan ditempat2 tersebut berbanding Malaysia. Cuma Thailand harga berasnya lebih murah kerana Thailand negara pengeluar beras. Kerana murah itulah sebab orang kelantan seludup masok ikut sungai Golok dengan perahu atau sampan kecil. Sebagai pertukaran orang Thaland seludup masok diesel, petrol dan minyak masak. Kenapa seludup dari Malaysia… kerana harga barangan itu jauh lebih murah disini berbanding ditempat mereka .

    Rata2 memang rakyat rasakan kos sudah terlalu tinggi sekarang berbanding 5 tahun lepas. Makan tengahari diwarong paling rendah sekarang RM10 seorang , Kalau dulu RM10 boleh makan berdua. Sarapan pagi RM4.00 ke RM5.00 berbanding dulu makan dan minum pagi hanya RM2.50.

    Cuba gunakan sikit akal dimana salahnya kerajaan dalam soal ini. Atau gunakan akal kerajaan jenis macam mana yang boleh pastikan kos sara hidup sentiasa diparas rendah. Cuba bandingkan dengan cara mudah antara Selangor dan Melaka contohnya. Adakah kos diSelangor lebih murah kerana Selangor dibawah kerajaan bukan BN. Demikian dengan Penang, Kelantan dan lain2.

    Adakah salah GST ? Kemana pergi duit GST sebenarnya?. Memang dalam perbualan diwarong/kedai kopi semua katakan duit GST dikutip untuk beli handbag Rosmah, cincin dan kos private jet. Tapi itu cakap sedap, cakap hebat… kebenarannya tak ada. Kerana handbag tak sampai billion, cincin tak sampai billion.

    Pernah PM luahkan rasa hatinya… jika semua tohmahan yang ditujukan terhadap saya dan keluarga itu benar dan tepat dan boleh dikehadapankan bersama bukti kukuh…. semua itu boleh buatkan saya sekeluarga lari tengah malam. Maksud beliau lari senyap2 dalam gelap, untuk mengelak dari ditangkap.

    Reply
  • November 3, 2016 at 6:25 pm
    Permalink

    Penduduk semangkin ramai, pelajar yang masuk dan keluar universiti/kolej semangkin meningkat. kenapa mesti fikirkan apa yang kita dapat dari pembangunan ini. Cukuplah sekadar pembangunan ini dapat memberi peluang kepada anak2 kita yang keluar daripada universiti/kolej dapat pekerjaan/pendapatan.

    Reply
  • November 3, 2016 at 6:29 pm
    Permalink

    Pencacai kurang suka selidik dan tak suka membaca serta mengkaji. Pencacai kurang pandai selidik asal usul cerita, sumber dan dalil2. Pencacai tahu apa itu ANC yang di pupuk oleh satu puak sejak lebih 3 tahun lepas.

    Jika sudah mulakan kempen dengan satu tujuan hanya untuk menjatuhkan N, apa yang boleh diharapkan jadi pengisian dalam kempen sebegitu. Perisian nya pasti segala teori yang berbentuk fitnah, tohmahan serta pembohongan. Tak ada kempen untuk menjatuhkan yang diisi dengan pujian dan pencapaian baik oleh simangsa itu.

    Reply
  • November 3, 2016 at 7:18 pm
    Permalink

    Aku pun tak tau la warga mykmu ni..
    Najib dah jual malaysia ni kat china pun sokong…
    Najib kencing berak kepala kau org pun sokong..
    Apa saja yg keluar dari mulut najib umpama sabda..

    Reply
  • November 4, 2016 at 7:47 am
    Permalink

    Pelaksanaan manifesto Pakatan Haprak:
    DAP the CAT. Free tender atau tender-free? Direct nego atau nego behind-the-back? LGE ‘bebas rasuah’. Beli banglo dapat ‘diskaun’ sebab takde kolam mandi & bad feng shui. Dokumen yang kertasnya dibuat dari emas 999 bernilai RM305juta, tak boleh tunjuk & disimpan dalam peti besi kat Pulau Jerejak.
    PKR aka Pakar Kencing Rakyat. Di Selangor, bukan saja rizab kewangan yang meningkat setiap tahun, malah jumlah hari tanpa air pun meningkat saban tahun selaras dengan sasaran KPI yang dirangka oleh ‘pakar ekonomi RM1’. ‘From free water to water-free’, nampaknya Selangor makin ‘maju’ dibawah Azmin.

    Reply
  • November 4, 2016 at 12:30 pm
    Permalink

    Semua Cina dah jadi anti China! Marah benar Cina dengan China. Sayang betul Cina dengan Tanah Melayu! Najib jual MALAYsia kat China pun depa marah! Kira sayangnya Cina kat Tanah Melayu, memang dari dulu tak nak balik kan? Tanya aje, tak halau pun. Cina dah jadi anti China! Pelik…pelik….

    Reply
  • November 4, 2016 at 3:45 pm
    Permalink

    execute 1 thing tp make sure sampai pd golongan dasat.
    rakyat binbang bl kerajaan belanja utk sesuai projek konon utk negara tp akhirnya jd gajah putih or merugikan rakyat.and yg lebih takut bl rakyat yg kene tempias you byr cukai yg lebih tinggi.

    btw,betul ke next year gst increase to 8%?

    Reply
  • November 4, 2016 at 5:50 pm
    Permalink

    Siapa cakap? LGE ke Anwar? Anwar duduk dalam jail, tak kena GST. LGE pun nanti tak kena GST juga…

    Reply

Leave a Reply to manjoi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *