Mahathir kurang yakin kepimpinan Muhyiddin

Kurang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara faktor utama menyebabkan Tun Dr. Ma­hathir Mohamad me­ngubah pendirian tentang calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pendirian terbaharu bekas Perdana Menteri itu merupakan satu tamparan hebat kepada Muhyiddin.

Menurut beliau, tindakan Dr. Mahathir menentukan calon Per­dana Menteri pakatan pembangkang itu juga membuktikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi.



“Belum pun menang pilihan raya, mereka sudah umumkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

“Rakyat tidak mahu tahu itu semua. Mereka cuma mahu tahu sama ada dasar yang ditawarkan pakatan pembangkang berbeza atau lebih baik daripada BN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir dalam wawancara yang disiarkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menyatakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM layak memimpin parti itu, namun kemampuannya untuk menerajui pentadbiran kerajaan adalah soal yang berbeza.

Pendirian Pengerusi PPBM itu jelas berbeza dengan kenya­taannya yang menamakan Muh­yiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika berucap dalam satu majlis di London bulan lalu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak memberitahu, kenyataan Dr. Mahathir itu membuktikan pakatan pembangkang gagal mencapai persetujuan dalam memi­lih calon Perdana Menteri.

Beliau menambah, situasi itu juga menunjukkan pakatan pembangkang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

“Bagi para pengundi, isu ini adalah lebih penting berban­ding jumlah kerusi yang dijangka akan dimenangi,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Dr. Mahathir mungkin ‘bermain wayang’ dan cuba memperdayakan sekutu-sekutunya daripada DAP, PKR dan PAN.

Utusan

4 thoughts on “Mahathir kurang yakin kepimpinan Muhyiddin

  • October 11, 2016 at 11:14 AM
    Permalink

    Ini Rahman senyap aje pasal rasuah di Sabah?

    Reply
  • October 11, 2016 at 6:42 PM
    Permalink

    Hantu karat itu rasuah di sabah itu kerja sprm hang cuma dengaq berita je
    Sekarang hanya midin sorang adun keluaq umno/bn boleh tawan johor noh?
    Kalau kata tidak hang bijak la tapi kata ya sila check wayar kat kepala hotak hang

    Reply
  • October 12, 2016 at 12:11 AM
    Permalink

    Parti cap bunga lembab.. Tak progresif.. Parti cap kuali lebih kuat dari parti cap bunga. Itupun Mahathir ada hati lg nak tawan Johor. Cukuplah dgn tawan pelabuhan di Johor. Pisang takkan berbuah dua kali!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.