Kejap Kata Bagi Muka Kat Cina, Kejap Rasis Pulak, Gila Ke?

SEBAIK Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kemenangan BN dalam PRU2013, antara komen pertama Mahathir waktu itu ialah Najib menyisihkan orang Melayu kerana terlalu mengejar undi cina sekalipun kaum itu tidak memberikan undi kepada BN.

Ya, ia memang berlaku 3 tahun dulu tapi kenyataan itu sering diulang-ulang Mahathir selepas itu terutama selepas tanpa bersembunyi dia menunjukkan penentangannya terhadap kepimpinan Najib.

Bila Mahathir pulak buat parti baru Pribumi, dia menyisihkan orang cina dengan mensyaratkan hanya orang Melayu dan Bumiputera saja yang layak menyertai sementara orang bukan Melayu dan Bumiputera sekadar jadi ahli bersekutu – ahli kelas kedua lah tu, kalau sama kelas, kenapa mesti ada bersekutu dengan tak bersekutu?



Hari ini, Mahathir kata Najib rasis!!

Apa benda ni?  Kejap kata Najib sisih Melayu untuk kejar undi cina, kemudian dia jadikan cina ahli kelas kedua dalam partinya sendiri dan lepas tu Najib pulak yang rasis?

Memanglah akhir-akhir ni logik yang biasa orang guna dah tak terpakai kepada Mahathir dan pentaksubnya tapi takkanlah teruk sangat?  Najib rasis macam mana pulak bila antara perkara pertama yang Najib buat sebaik jadi Perdana Menteri ialah dengan memperkenalkan slogan 1Malaysia yang bermaksud nak menyatukan semua rakyat di negara ni tanpa kira bangsa dan agama.

Parah betul lah pemimpin parti takde jentera ni.

Justeru rakyat janganlah terpedaya, ini hanya cara Mahathir mempelbagaikan serangannya terhadap Najib selepas semua isu berkaitan 1MDB dan dan RM 2.6 billion gagal menyingkirkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.

Sebaliknya, orang suruhan Mahathir dan anak dia pulak yang terpelanting dari jawatan masing-masing.  Itu yang geram tak habis tu.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

10 thoughts on “Kejap Kata Bagi Muka Kat Cina, Kejap Rasis Pulak, Gila Ke?

  • October 6, 2016 at 10:33 PM
    Permalink

    Dalam satu peringkat M fikir yang dia dan gengnya sudah kepong Najib betul2. Najib akan lemas dalam kepongan lalu angkat bendera putih dan surrender. M panggil Najib dengan berbagai jenis dan bunyi nama. Najib penipu, ketua perompak malah Najib dipanggil pengecut. Najib dipanggil pengecut kerana tidak pernah mengendahkan cabaran M. Tidak pernah tunjuk sebarang reaksi , sentiasa senyap, cuma sekali sekala beliau sangkal sikit2.

    Cara ini agak passive hingga kita semua pun tak berapa setuju cara Najib. Tapi jika di-amati betul2 kita dapati cara Non responsive PM rupanya banyak beri kesan pada mereka2 yang memburu beliau sepanjang hari. Cara dia terkesan dan telah frustrate musuh2nya.

    Kesimpulan nya parti yang dipanggil bersatu atau berpecah tidak akan kemana2 kerana mereka bakal berselerak lalu lenyap ditelan bumi in no time. Dalilnya sudah nampak… contoh lama pun boleh diambil kira.

    Reply
  • October 6, 2016 at 10:42 PM
    Permalink

    Parti Baru nie yg boss bernama M..@ Parti yg Nak Memuaskan Nafsu M saja,,xda maknanya Nak Selamatkan Malaysia lahh..Melayu lahhh..ISLAM lahhhh….tapi Dalilnya yg pasti nak selamatkan SiBoboi..n Kronie M…

    Reply
  • October 6, 2016 at 11:21 PM
    Permalink

    Bersatu target orang UMNO dan pengundi atas pagar macam saya yang ingin berhijrah kepada kerajaan yang lebih bersih. Dia tak kisah pun undi cina..depa dah ada DAP dan PKR.

    Habislah UMNO Najib kali ini…

    Reply
  • October 6, 2016 at 11:44 PM
    Permalink

    jangan gadaikan negara malaysia yang tercinta dengan orang tua nyanyuk tak sedar diri ni.
    yang pemakan dedak mahathir ni sudah2 lah tu menjilat bontot dia…sedap sangat ke?
    dah 22 tahun memerintah malaysia….tak cukup lagi ke….jangan tamak…orang tamak selalu rugi.
    perfect sangat ke tun ni jadi pm dulu?….dulu boleh lah internet takde…pembangkang takde access radio tv semua…rasuah berleluasa zaman tun m. yang kena tangkap yang ikan bilis jer buat sedap rasa.

    Reply
  • October 7, 2016 at 12:41 AM
    Permalink

    Memang PPBM target orang & macai macam hang. Dua2 sama gila. Satu tabur dedak, macai pula tercekik dedak. Lagi parah kalau duduk kat Selangor, bila tercekik dedak, mana nak cari air…..

    Reply
  • October 7, 2016 at 8:43 AM
    Permalink

    Biasa la politikus cam madey serupa lidah bercabang dulu kata lain sekarang kata lain pulak sama la dgn bang non midin serta bekas ahli ahli umno lain cuma bezanya madey dah sampai ketahap nyanyuk yang menyebabkan reputasi sebagai negarawan semakin terhakis

    Reply
  • October 7, 2016 at 11:39 AM
    Permalink

    Mahathir memang gila.

    Reply
  • October 7, 2016 at 7:00 PM
    Permalink

    Inilah kelemahan pembangkang. Tak ada pendirian suka suka putar belit lepas itu PAKSA kita percaya. Contoh kerjasama Anwar-Mahathir yg dijadikan bhn lawak pro pembangkang sendiri. Betapa bodohnya org yg dianggap zalim selama bertahun tahun tiba-tiba dlm satu pasukan hanya kerana mahu menumbangkan Najib. Pro Tun mungkin bersorak tapi majoriti penyokong pembangkang tak tidur lena. Blog/facebooker pembangkangpun sampai berpecah belah kpd 3 bhgn (pro dap/pro Pas, pro Tun) akan hal ini lagi mahu sembang kalahkan BN. Tak payah temberang dgn survey mereka. Simpan buat bungkus nasi lemak.

    Reply
  • October 7, 2016 at 10:06 PM
    Permalink

    Aaa …. May..mang ei, Tu la lama dah saya cakap bebenar la kata tuan hamba “Parti tanpa Jentera” macam tong kosong bising saja tahi kuda pun tadak. Temberang 3 negeri full swing kat depa, pepehal koteh pangkah dalam tabung ja di ambil kira, kalu mau hebat lagi wal2 kan la serupa Nuar dulu Undi porpulus.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.