Hindari salah tafsir konsep jihad – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini terus mengamalkan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan dan berwaspada daripada terjerumus ke kancah salah tafsir konsep jihad.

Perdana Menteri berkata, dengan berpegang kepada hukum hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.

“…apatah lagi terperangkap dalam fahaman atau ideologi terlalu ekstrem seperti yang diperlihat kumpulan pengganas Daesh, dan tidak pula terlalu liberal,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1438H bertema ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ malam ini.



Najib turut mengingatkan rakyat tentang bahayanya tindakan pihak tertentu yang menyemai bibit perpecahan di negara ini.

“Kita perlu menjauhi segala segala anasir yang mencetuskan perpecahan, termasuk ancaman dalang-dalang dalam negara yang ingin menjatuhkan secara tidak demokratik kerajaan yang dipilih,” kata beliau.

“Ini semua dek angkara damak dan racun orang asing serta penjajahan bentuk baharu,” kata Najib.

Dalam perutusan itu, beliau mengajak masyarakat Islam merenung sejenak di mana letak duduk mereka sebagai satu umat.

Beliau menimbulkan persoalan sama ada mereka kini golongan yang dihormati kerana ilmu, akhlak dan tamadun seperti waktu dahulu atau kian disalahertikan sebagai puak pelampau dan pengganas sehingga ditafsir daripada perspektif yang salah.

Bagi Malaysia, katanya, UMNO melalui pemerintahan Barisan Nasional telah berjaya hampir enam dekad mengangkat syiar dan pengamalan Islam ke tahap yang dibanggakan.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa Malaysia kini telah dijadikan negara Islam contoh yang maju lagi progresif di seluruh dunia. – BERNAMA

5 thoughts on “Hindari salah tafsir konsep jihad – Najib

  • October 2, 2016 at 4:20 AM
    Permalink

    Memang Malaysia bumi barokah, segala yang moden dan maju mengenai Islam kitalah penerajunya. Ummah di Nusantara hidup aman makmur tak seperti di tempat2 lain, hatta di tanah Arab sekalipun! Patutlah Muslim Rohingya bila sampai saja terus cium tanah, sujud syukur berjaya sampai ke Malaysia……

    Reply
  • October 2, 2016 at 10:17 AM
    Permalink

    Jika mahu segala kejayaan negara sentiasa konsisten ia mesti datang dgn ilmu dan keimanan dan ia takkan bermakna menjadi negara yang sederhana dan maju jika kurang ilmu dan ia takkan bertahan jika kurang iman begitu la kestabilan sesebuah negara patut saling lengkap melengkapkan seperti juga yang berlaku di negara kita. Ambillah tauladan dari kejatuhan empayar masyhur melaka moga kedaulatan negara terpelihara sentiasa

    Reply
  • October 2, 2016 at 5:06 PM
    Permalink

    Kita sedang menunggu Bersih berdemo . Kita ingin tengok merah Dan Kuning clash . Kita jangka mesti berlaku clash besar nanti berlaku selagi kuning kata, Kami tetap Akan terus kan berdemo ,ini Hak Kami . Sementara merah pulak kata, Hak mak bapak, hatok nenek kau. Kau buat jugak Kami Akan sapu habis.

    Atas andaian itu IA Akan jadi free for all. Pada merah kita ucapkan syabas Dan selamat maju jaya. Bergaduh elok2 dalam semangat bergaduh, tapi jangan pakai senjata . Bagi penumbuk, penyiku Dan penyapak sudah cukup Baik .

    Untuk kuning Dan merah… Alang2 bergaduh biar Lebam. Takut Lebam jangan bergaduh, duduk diam2 Kat Rumah

    Reply
  • October 2, 2016 at 8:09 PM
    Permalink

    Kita rakyat status layman dalam arena politik negara tetap rasakan bahawa negara boleh adakan PRU 14 sekarang. Maksudnya jika PRU diadakan sekarang BN mampu sapu bersih. Dalam lain perkataan sekarang adalah waktu terbaik untuk PRU.

    Tetapi , tidak begitu orang atas sana fikir. Mereka tentunya tidak fikir begitu jika tidak sudah tentu parlimen dibubar dan PRU diumumkan. Justeru, kita akur kerana mereka lebih arif.

    Disaat pasokan sebelah sana yang tidak pun merupakan pasukan, disaat perpaduan mereka belum berpadu, disaat persatuan mereka belum bersatu… disaat mereka sebenarnya tak punyai enaga walau nafsu mereka lebih besar dari nafsu kuda.

    Disaat M memanggil N penyamun sedangkan M lebih banyak hasil samunya. Disaat M laungkan N penipu besar sedangkan M lebih besar tipunya.

    Walau bagaimanapun kita tahu tak ada lagi kumpulan lain yang layak meneraju negara kecuali kerajaan sedia ada. Kita sedar, mereka juga tahu.

    Reply
  • October 2, 2016 at 10:27 PM
    Permalink

    jangan terlalu taksub pada individu pun samalah

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.