Anggota Parlimen pembangkang akui BR1M program berjaya

Anggota Parlimen Kelana Jaya daripada PKR, Wong Chen mengakui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan insentif yang berjaya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Belanjawan Alternatif 2017 oleh pakatan harapan, Wong berkata BR1M merupakan kaedah dalam pemberian bantuan secara terus kepada golongan sasaran.

“Saya fikir BR1M adalah program yang agak berjaya… BR1M merupakan subsidi bersasar, dan merupakan cara untuk memastikan golongan miskin tegar diberikan bantuan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pakatan harapan akan meneruskan BR1M sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir.

Bernama

3 thoughts on “Anggota Parlimen pembangkang akui BR1M program berjaya

  • October 20, 2016 at 12:35 PM
    Permalink

    Yg terus marah pada BR1M hanya Mahahtir ,kerana BR1M menjadi salah satu faktor kroni beliau ketiadaan projek utk di rebut.Kalau semasa beliau dulu ,makin meleset ekonomi ,makin gembiralah kroni,kerana beliau akan melaksanakan lebih banyak projek mega utk merancakan ekonomi.Berbeda dgn PM Najib ,yg menjadikan BR1M sebagai satu alat menjana pertumbuhan permintaan dalam negara,bagi menyokong kegiatan ekonomi.Kroni berputih mata.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.