ADUN DAP Akui Kewibawaan Rosmah Dalam Program Permata Negara

permata

KEDUDUKAN Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri sering menjadi beliau sasaran pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Fitnah, tohmah dan meknah menjadi makanan harian mereka.

Namun begitu, dalam ketaksuban pembangkang memburukkan imej isteri Perdana Menteri, mereka terpaksa mengaku kalah dalam isu Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi Rosmah. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Seorang anggota dewan undangan negeri (ADUN) DAP Selangor, Yeo Bee Yin, wakil Damansara Utama, berkata statistik membuktikan pelaburan kerajaan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaaat kepada pembayar cukai.

Ianya mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenayah, menambah hasil negara dan memperoleh pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia. Oleh itu, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuk PERMATA, tidak harus ditolak hanya kerana orang yang menaunginya tidak sama fahaman politik dengan mereka.

Rosmah yang menjadi sasaran fitnah pembangkang tetap mengatur langkah beliau dengan yakin. Berpegang kepada prinsip berani kerana benar maka beliau tetap setia disisi suami untuk memberikan sokongan dan menjalankan tugas beliau sepertimana yang sepatutnya.

Sebenarnya pembangkang “hilang arah” dan matlamat apabila mereka mengunakan cara kotor tersebut untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Semua pembohongan tersebut dapat disangkal satu persatu dengan bukti yang kukuh.

Perkara paling penting yang pembangkang terlepas pandang adalah Rosmah tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Malah beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Kedudukan beliau hanyalah sebagai isteri kepada Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Siapa kita mahu mempertikaikan jodoh orang lain.

Pembangkang memang tidak dapat menafikan bahawa tindakan melampau mereka memfitnah Datin Seri Rosmah sebenarnya merupakan kesilapan terbesar mereka kerana apabila mereka “overkill” imej isteri Perdana Menteri tersebut maka rakyat akan jatuh kesian terhadap beliau.

Begitu juga dalam isu anugerah UNESCO dimana Permata dibuang daripada senarai hanya kerana penganjur dipersoal media berkaitan sumber dana yang jelas tidak ada langsung kaitan dengan 1MDB.

Walaupun anugerah itu ditangguh ke tahun depan, namun Jabatan Perdana Menteri berkata Rosmah dan PERMATA menolaknya kerana enggan terganggu daripada tugas membangunkan kanak-kanak di Malaysia.

Akhirnya rakyat dapat menilai yang mata permata dan yang mana kaca. Asakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab mengundang simpati terhadap isteri Perdana Menteri kita.

3 thoughts on “ADUN DAP Akui Kewibawaan Rosmah Dalam Program Permata Negara

  • September 29, 2016 at 11:21 PM
    Permalink

    perkara elok pun mereka hendak politikkan demi menimbulkan kebencian pada kerajaan, walhal apa yang dijalankan menguntungkan generasi akan datang yang lebih terbuka

    Reply
  • September 30, 2016 at 12:32 AM
    Permalink

    aku percaya ADUN DAP itu terpaksa diletak dalam pertimbangan untuk tidak lagi dicalonkan bertanding pada PRU14 nanti

    Reply
  • September 30, 2016 at 10:50 AM
    Permalink

    terkenang jugak tan sri dato lee lam thye seorang tokoh yang betul2 bekerja demi kebaikan rakyat.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.