Bersama UMNO atau Pembangkang, Mahathir Tetap Mahathir

Share


anwar-mahathirApa yang Mahathir tetap Mahathir? Mahathir tetap Mahathir, iaitu segalanya harus mengenai kemahuannya, dan bukannya orang lain. It is about Mahathir’s way, not the other way around. 

Dengan usia parti yang dipimpinnya masih muda remaja, dan belum membuktikan keupayaan politik, Mahathir sudah pun membuat keputusan untuk menentukan siapa bakal Perdana Menteri Malaysia sekiranya gabungan pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional.

Mahathir memilih Muhyiddin, susuk tubuh yang dilabel pemerhati politik sebagai boneka politik sebagai calon Perdana Menteri. Mungkin pangkal huruf yang sama, lebih mudah untuk M bersama dengan M, berbanding dengan A. Dan apabila M bertemu M, maka teramat mudah untuk memperolehi satu lagi M. Maka, sangat cocok dengan istilah 3M. Di mana pula A? A hanyalah penghalang, maka A harus kekal A, bukan M.

Pemerhatian penulis sekian lama, begitulah corak amalan Mahathir, iaitu ikut apa yang Mahathir kata, dan bukan ikut apa yang Mahathir buat. Tatacara sebegini sudah sekian lama wujud, mungkin sejak zaman feudal lagi. Tidak hairanlah jika pernah satu ketika, sangat popular di kalangan guru-guru sekolah, apabila melontarkan kata-kata kepada murid-muridnya, “ikut apa yang guru suruh, bukan ikut apa yang guru buat”.  Mungkin ini juga apa yang dimahukan oleh Mahathir, meletakkan pengikutnya dengan standard “angguk-angguk, geleng-geleng”. Dari lafaz, sehingga perbuatannya, segalanya tampak berubah 360 darjah, dan pengikutnya pula “angguk-angguk, geleng-geleng” tanpa ada keupayaan untuk berfikir. Taksub barangkali.

Untuk gabungan pembangkang, Muhyiddin bakal perdana menteri, dan bukannya Anwar Ibrahim. Itu pendirian mantan perdana menteri 22 tahun, sekaligus menyaksikan bagaimana sifatnya yang ingin mengawal dan menentukan segala-galanya tidak pernah pudar.

Justeru, tidak hairanlah jika mereka dipecat, dan gerombolannya keluar dari UMNO atas pelbagai alasan, walhal punca segalanya hanyalah berkisar tentang kemahuan-kemahuan yang tidak dituruti.

Menerjah blok pembangkang, Mahathir sekali lagi dilihat merangka strategi agar kemahuannya dituruti.

It is all about Mahathir. 



7 thoughts on “Bersama UMNO atau Pembangkang, Mahathir Tetap Mahathir

  • September 29, 2016 at 12:11 pm
    Permalink

    Anwar akan tukar nama kpd MOHAMAD NUAQ slps kuar nanti.

    Reply
  • September 29, 2016 at 1:08 pm
    Permalink

    Ibarat lagu My Way lirik Paul Anka madey akan terus ikut caranya tetapi cara veto madey akan terus membawa kepada keburukannya sendiri

    Reply
  • September 29, 2016 at 11:00 pm
    Permalink

    sifat kukubesinya masih lagi kuat…

    lama kelamaan orang sudah bosan sikapnya

    Reply
  • September 30, 2016 at 7:19 am
    Permalink

    Rata2 orang sudah mula bosan dengar M, parti dia, anak dan konco2 dia. Semua kongsi satu perasaan, pendapat dan pandangan, iaini masa M sudah berlalu dan dia mesti bersara tak usah nak menyebok.

    Anak dia nak jadi PM ke , menteri jaga duit ke, itu hak dan cita2 dia. Anak dia boleh cuba sendiri. Untuk apa bapak perlu paksa orang lain terima dan beri laluan pada anak dia. Ini semua diluar kebiasaan… out of the norm..

    Sengkatnya Malaysia bukan mak bapak dia punya. Bukan juga hak dia anak beranak.

    Reply
  • September 30, 2016 at 8:24 am
    Permalink

    Mahathir nk ajak pembangkang bersama dia, pulak tu kalau lah BN kalah GE14, dia pulak nk tentukan sapa PM pulak, hilang akal org tua tu, parti dia blm pun tumbuh bulu pahat, dah nk mengarah PKR, Dap dan PANtat supaya ikut cakap dia,tepat sekali apa yg DYM Sultan Johor kata, tk usah layan org tua yg seakan hilang akal tu..

    Reply
  • September 30, 2016 at 8:34 pm
    Permalink

    Madey, Midin dan Nuar telah ditelan zaman dan hilang sisik pemimpin. Beratur, berpanas dan bersusah-payah masa PRU untuk mengundi mereka?!?! Orang Perak cakap cerdik buah pelior!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *